Tabung Haji Dibawah BNM, Ini Pandangan Ustaz Zaharuddin.

BAGUSKAH TABUNG HAJI DISELIA BNM?

Saya berpandangan agar kita tidak terlalu berlebihan berpolitik dlm hal Tabung Haji (TH) ini kerana institusi TH ini menuntut tadbir urus yg professional lagi kemas melangkaui kepentingan politik kepartian. Ia adalah utk semua umat Islam di Malaysia malah menjadi role model di peringkat antarabangsa.

Meletakkannya di bawah pemantauan BNM dan seliaannya tidak sama sekali patut dilihat negatif apatah lagi dr mengaitkan dgn sentimen perkauman dan agama atau kononnya utk melemahkan TH, bahkan sebenarnya ia adalah utk meningkatkan daya saing, integriti dan ketelusan dan menguatkannya.

th2 1 - Tabung Haji Dibawah BNM, Ini Pandangan Ustaz Zaharuddin.

BNM sudah lama berfungsi dan berpengalaman meregulasi, memantau dan memastikan keutuhan sesebuah institusi kewangan yg beroperasi di Malaysia itu mengamalkan tadbir urus dan perakaunan yg memenuhi syarat, malah pemilihan CEO dan Lembaga pengarah setiap bank juga perlu lulus tapisan kelayakan oleh BNM. 

Justeru BNM sangat berpengalaman dan pakar sejak sekian lama menjaga seluruh institusi kewangan iaitu bank, insuran dan takaful. 

Sangat byk syarat-syarat yg ketat tapi perlu contohnya seperti memastikan banking institutions utk ‘maintain high-quality loss-absorbing capital’ yg terdiri dr Common Equity Tier 1 (CET1), which comprises paid-up capital, retained earnings and disclosed reserves, iaitu mesti mencecah 7% dr keseluruhan banking institution’s risk-weighted assets, iaitu peningkatan berbanding 2% sebelumnya. Ia semua penting bg menjaga kelangsungan sesebuah bank.

Berdasarkan kenyataan wakil TH, bukanlah TH diletakkan keseluruhannya di bawah BNM sbgmana bank-bank komersial tetapi hanya utk sebahagian aspek penting serta BNM diyakini sangat berpengalaman dan pakar iaitu Governance & Financial Audit. Audit BNM ini kelak mungkin bakal merangkumi:

1. Fair, responsible and professional business conduct
2. Prudential policy, risk management and supervision
3. Tools for crisis management and prevention
4. Financial safety nets
5. Orderly financial markets
6. Shariah Compliance


Justeru itu, tidak perlu risau sama sekali akan campur tangan non-muslim ke atas TH kerana BNM bekerja dgn profesional berdasar Central Bank Act 2009 serta sudah seakan mempunyai autonomi dr MOF dlm melaksanakan tugasnya serta melangkaui politik kepartian. BNM turut sendiri punyai Majlis Penasihat Shariah. TH pula sbgmana dlm akta Tabung Haji tidak terikat dgn BNM seperti bank-bank komersial.

Lembaga Pengarah TH adalah pihak yg mesti menentukan hala tuju dan strategi terbaru TH, mereka semua beragama Islam, merekalah juga yg mempunyai kuasa menentukan pelaksanaan bersama pengurusan kanan TH yg lain, bukannya BNM yg hanya bertindak sbg auditor bg sebahagian bidang yg diserahkan oleh TH.

Justeru, muslim dan semua pencarum TH patut lebih gembira apabila TH diletakan bawah pemantauan BNM kerana ia bakal menjamin:

a. tiada atau sekurang-kurangkan minima salah tadbir urus berlaku di TH pd masa akan datang, khususnya yg melibatkan kepentingan politik kepartian,

b. sebarang perubahan polisi-polisi tertentu yg menyalahi amalan pentadbiran kewangan sihat dan perakaunan yg betul akan cepat dpt dikenalpasti.

c. pengurusan risiko yg kemas lagi ketat bg menjaga jangka hayat TH serta menghalang TH dr melabur ke tempat tinggi risiko, sebelum ini mungkin telah dikompromikan dgn arahan ‘orang politik’.

Kesimpulannya, adalah bagus TH diletak di bawah kawal selia BNM yg professional dan juga ketat bg aspek audit & governance. Menurut sumber berautoriti saya saya perolehi, TH tetap di bawah kuasa langsung YAB PM dan Menteri Agama dan bukannya BNM atau MOF.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
Adj. Professor Faculty Business & Accountancy, UNISEL
12 Dis 2018


Loading...

Tags: #Dibawah #Haji #Pandangan #Tabung #Ustaz #Zaharuddin.

author
Author: 
    Jangan Ditiru! Artis Cantik Berhijab Ini Ingin Gugurkan Kandungan Karena Tak Siap Punya Anak!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik berhijab ini memang tak layak utk
    Tegaskan Tak Pernah Rebut Reino Dari Luna Maya, Syahrini: Saya Tidak Merasa Mkn Teman!
    slidegossip.com – Meski kini sudah resmi menikah dgn Reino Barack, namun sehingga saat
    Pria Ini Ceraikan Istri dan Menikah dgn Putri Kandungnya Sendiri! Nasibnya Kini Berujung Tragis!
    slidegossip.com – Kisah mengejutkan ini benar-benar tak patut utk ditiru dan semoga bisa
    Setelah Dipukuli, Gadis Ini Dibakar Hidup-Hidup Oleh Ayahnya Karena Ingin Keluar dr Islam dan Masuk Kristen!
    slidegossip.com – Memilih agama utk diyakini adalah hak setiap manusia. Namun yg dilakukan

    Leave a reply "Tabung Haji Dibawah BNM, Ini Pandangan Ustaz Zaharuddin."