Syor KPM masukkan isu khasiat sawit dlm buku teks sekolah

A24E682D 1AA2 4448 B6E2 9ED7C12DAD98 - Syor KPM masukkan isu khasiat sawit dlm buku teks sekolah

KUALA KANGSAR: Kementerian Industri Utama mengesyorkan Kementerian Pendidikan memasukkan perkara berkaitan khasiat dan kepentingan minyak sawit dlm sukatan mata pelajaran apabila kajian semula kurikulum sekolah dilakukan thn depan.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata beliau sudah menulis surat kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berhubung perkara itu selaras dgn kempen Sayangi Sawitku yg dilancarkan kerajaan ketika ini.

“Saya sebenarnya sudah tulis surat kepada Menteri Pendidikan, bincang dgn beliau (Maszlee) dan beliau (secara dasarnya) pun setuju.

“Sebenarnya, Kementerian Pendidikan blh masuk (isu khasiat sawit) dlm buku teks, mungkin dlm mata pelajaran kesihatan atau pelajaran lain, (atau) apabila mereka belajar Bahasa Malaysia.

“Ini blh dijadikan salah satu bab dlm buku teks,” katanya pd sidang media selepas merasmikan majlis taklimat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Penanam Sawit Perak di Dewan Millenium Lubok Merbau dekat sini, hari ini.

Kok berkata apabila perkara berkaitan khasiat, kepentingan dan kegunaan minyak sawit dimasukkan dlm sukatan mata pelajaran, maka ia membolehkan rakyat negara ini memiliki pengetahuan mengenainya sejak di bangku sekolah rendah.

Beliau berkata, antara tujuan kempen Sayangi Sawitku ialah memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai termasuk pelajar dan murid sekolah mengenai khasiat, kepentingan dan kegunaan minyak sawit.

Katanya, masih ramai yg tidak tahu bahawa byk perkara dlm kehidupan harian mereka menggunakan minyak sawit seperti sabun, kosmetik dan biodiesel.

Sementara itu, beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai peratusan yg masih rendah dlm pensijilan MSPO dlm kalangan pengusaha sawit khususnya pekebun kecil ketika ini.

Katanya, bg tempoh enam bln pertama thn ini, 2.45 juta hektar atau 42 peratus drpada keseluruhan 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini sudah mendapat pensijilan MSPO.

Kok berkata, drpada bilangan yg sudah ada MSPO, 2.1 juta hektar adalah milik syarikat perladangan manakala 386,000 hektar adalah milik pekebun kecil.

“Malaysia sudah menyatakan komitmen utk memastikan semua tanaman sawit di negara ini memiliki MSPO sebelum 1 Januari thn depan kerana kerajaan serius utk melaksanakan kaedah pertanian baik dan mesra alam sekitar,” katanya.

Beliau menggesa semua pengusaha sawit segera mendapatkan sijil MSPO kerana tanpa sijil berkenaan, minyak sawit mereka akan dikategorikan sbg kelas kedua, yg akan dijual pd harga lebih rendah serta sukar utk menembusi pasaran tertentu seperti Eropah dan Jepun.

Pada masa sama, beliau juga akan mengadakan pertemuan dgn pihak berkuasa negeri khususnya Menteri Besar dan Ketua Menteri bg meminta utk mempermudah proses tukar syarat tanah pengusaha sawit kerana ia antara faktor pengusaha belum mendapatkan pensijilan MSPO.

Sumber: BH Online


Loading...

Tags: #BUKU #Khasiat #Masukkan #Sawit. #Sekolah #Syor #Teks

author
Author: 
    Kesaksian Mengejutkan Ustad Yusuf Mansur: Memang Benar Mamah Dedeh Meninggal, Tapi…
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kabar duka yg datang dr dunia
    4 Artis Indonesia yg Dikabarkan Meninggal Pdhal Sehat Walafiat! No 3 Katanya Tewas Kecelakaan!
    slidegossip.com – Byk kabar burung atau hoax yg tersebar di kalangan publik. Namun
    Sebut Nabi Muhammad SAW Miskin dan Susah Sampai Akhir Hayat, Marbot Masjid Ini Ditangkap Polisi!
    slidegossip.com – Seorang marbot masjid berinisial MS di Kabupaten Karimun, Kepulauan Riau, terpaksa
    Pergoki Istri Selingkuh, Suami Langsung Syok Ternyata Selingkuhan Istrinya Adalah Putranya Sendiri!
    slidegossip.com – Seorang pria langsung meradang begitu mengetahui kalau istrinya ternyata selingkuh dgn

    Comments are closed.