“Syabas Kepada Semua” – Panglima TLDM Puas Hati Dgn PASKAL The Movie

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
paskal 1 - "Syabas Kepada Semua" - Panglima TLDM Puas Hati Dgn PASKAL The Movie
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin amat berpuas hati dgn sentuhan pengarah filem Paskal The Movie, Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem itu, setelah 42 thn berkhidmat dgn TLDM.
Ahmad Kamarulzaman yg akan bersara pd akhir November, turut menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yg juga Kapten Yg Dipertua TLDM dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kerana menitahkan kejayaan misi menumpaskan lanun Somalia di Teluk Aden itu wajar dibukukan dan jika blh dibuat filem agar ia terpahat dlm sejarah TLDM.
“Saya ucapkan syabas kepada rakan strategik TLDM iaitu syarikat Asia Tropical khasnya pengarah dan penerbit filem ini kerana semua pembikinan filem berkenaan adalah dirancang dan mengambil peluang latihan-latihan yg diadakan,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dgn Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.
“Syabas kepada anggota Paskal TLDM yg sama-sama terlibat membuat aksi berbahaya dan khas yg memerlukan mereka terlatih dan berkelayakan melakukannya kerana mereka ini adalah pelakon di belakang tabir,” katanya.
Ahmad Kamarulzaman berkata, filem ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada filem tempatan kerana berjaya menyuntik semangat patriotisme.
Paskal ataupun Pasukan Khas Laut yg ditubuhkan dgn rasmi pd 1 Oktober 1982 merupakan pasukan operasi khas TLDM yg antaranya terlibat dlm perang gerila, antipengganas, menyelamatkan tebusan dan lain-lain.
Filem Paskal the Movie yg diterbitkan dgn kos produksi RM10 juta merupakan filem tempatan termahal pernah diterbitkan. Filem arahan pengarah muda itu memaparkan dua insiden sebenar membabitkan PASKAL – Operation Dawn 8: Gulf of Eden dan peranan pasukan itu dlm United Nations Angola Verification Mission II.

Dalam Operation Dawn 8: Gulf of Eden yg dramatik pd 20 Januari 2011 pasukan Paskal berjaya mematahkan percubaan lanun Somalia merampas kapal Malaysia MT Bunga Laurel yg membawa bahan kimia di Teluk Aden, berhampiran Yemen.
Filem itu menyaksikan kutipan box-office RM2 juta pd tayangan sulungnya.
Sumber: Bernama
Sumber Artikel  : Astro Gempak
Loading...

Tags: #Hati #Kepada #Movie #Panglima #PASKAL #Puas #Semua #Syabas #TLDM

author
Author: 
    Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam
    KETAHUI HAK ANDA! Sekiranya anda adalah penjawat awam, tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan
    90% sekolah daif di seluruh negara sudah dibaik pulih – Maszlee
    Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah daif yg diisytiharkan tidak
    16 Sentence Examples To Help Weak Pupils To Write Pertaining To The BM Word – “ADA”
    Malaysian English Teacher…hopefully these will help.. Every time our pupils begin to write,
    Dipastikan Menikah Hari Ini, Richard Kevin Sudah Pindah Agama Sebelum Nikahi Cut Tari?
    slidegossip.com – Pasangan artis Cut Tari dan Richard Kevin sudah dipastikan akan melangsungkan

    Leave a reply "“Syabas Kepada Semua” – Panglima TLDM Puas Hati Dgn PASKAL The Movie"