Susu kambing utk bayi kuning? Ibu wajib baca ini sebelum cuba!

Risaunya hati mak ayah bila jaundice baby kita tinggi! Blh ke beri susu kambing utk bayi kuning? Baca panduan ini sebelum mula beri utk elak kesilapan.

susu kambing utk bayi kuning


Semasa bayi kita mengalami jaundice, kandungan bilirubin dlm badannya tinggi. Kita sbg ibu, dapat membantu menurunkan bacaan bilirubin dgn langkah yg betul.

Dan dah jadi amalan orang melayu, menggunakan susu kambing utk anak yg sedang demam kuning.

Selamat ke amalan ni? Di bawah ini Ibu kongsikan amalan yg baik dilakukan utk membantu anak kita.



Dengan membaca artikel ini sehingga habis, Anda dijamin akan

  1. Mengetahui sama ada susu kambing sesuai utk bayi dgn demam kuning.

    .

  2. Faham cara yg terbaik utk mengurangkan jaundice.

    .

Bacaan menarik: Semakin ramai ibubapa di Malaysia memilih susu kambing utk bayi mereka. Ini sebabnya!

Adakah susu kambing blh digunakan utk demam kuning bayi baru lahir?

Sebenarnya, kita tidak dibenarkan memberi bayi minum susu kambing semasa berusia di bawah 12 bulan.


Di bawah ni Ibu kongsikan sebabnya.
  1. Susu kambing mempunyai kandungan mineral natrium yg klorida dan kalium yg tinggi. Menyebabkan beban terlalu tinggi utk ditanggung buah pinggang anak kita yg berusia bawah 12 bulan.
    .
    Kesannya kepada anak kita ialah, pendarahan dlm usus, mengakibatkan anemia, perkembangan anak kita terbantut.
    .
  2. Susu kambing juga rendah kandungan asid folik.
    .
  3. Anak kita yg masih bayi memerlukan vitamin B-12 dlm diet harian mereka. Susu kambing mempunyai kandungan B12 yg lebih rendah berbanding susu lembu.
    .

Ini cara yg betul utk menurunkan demam kuning bayi baru lahir / newborn!

susu kambing utk bayi jaundice

1. Pemberian susu ibu.

Tiada susu yg lebih baik utk anak kita selain susu badan. Beri bayi kita susu ibu seawal yg blh selepas kelahiran.

Sebaiknya sejurus selepas bersalin kerana kandungan kolostrum dlm susu ibu sangat tinggi ketika ini. Kolostrum sangat penting utk bayi kerana ia mengandungi khasiat, enzim & antibodi yg diperlukan badan si manja.

Teruskan pemberian susu ibu ini kerana ia akan membantu menurunkan paras bilirubin dlm badan anak kita.

Anak yg cukup minum susu dr badan ibunya akan kerap membuang & bilirubin akan disingkirkan bersama sama najisnya.

Semasa berpantang, ibu blh minum susu kambing yg telah dipasteur dan anak yg menyusu badan akan mendapat khasiat susu kambing secara tidak langsung dr ibunya.

Ramai ibu muda mengadu kekurangan susu ibu & berasa tertekan kerana tidak mampu menyusukan anak baru lahir. Semua ini memerlukan persediaan awal.

Semasa hamil, kita blh beli buku tentang penyusuan susu badan & hadiri kelas berkaitan dr kaunselor laktasi. 

Laburkan juga pembelian pam susu yg baik, terutama sekali pam kembar yg blh mengepam susu serentak dr payudara kita. Ini akan sangat menjimatkan masa & kurang memenatkan.

2. Bayi yg mengalami demam kuning akan tidur lama.

Ini akan menyebabkan mereka kurang menyusu badan menyebabkan demam kuning lambat reda.

Kita harus mengejutkan anak kita dr tidur supaya blh memberikan susu ibu. Barulah demam cepat kebah.

3. Tepati sesi pemeriksaan di klinik & hospital.

Klinik kesihatan & hospital di Malaysia akan sentiasa memantau bacaan kuning anak kita setiap hari.

Sekiranya bacaan bilirubin masih tinggi & membimbangkan, anak kita mungkin terpaksa ditahan di wad utk rawatan fototerapi.

Dari pengalaman Ibu sendiri utk anak kedua, doktor dan jururawat sangat menggalakkan pemberian susu ibu ditambah dgn rawatan fototerapi utk menurunkan tahap bilirubin.

4. Sentiasa berfikiran positif. Anak kita perlukan ibunya.

Selepas bersalin, badan ibu perlukan rehat secukupnya semasa berpantang. Barulah cepat sembuh.

Tapi kalau anak dah keluar masuk hospital setiap hari, macam mana nak dapat rehat secukupnya kan?

Bantuan suami sangat diperlukan disisi utk memastikan isteri & anak baru lahir mengharungi detik sukar ini dgn lancar.

Ibu berpantang yg penat & risaukan nasib bayinya akan menyebabkan pengeluaran susu ibu terjejas. Ini akan memburukkan keadaan, sebab susu ibu yg cukup akan membantu anak kita pulih lebih cepat.


Banyakkan berzikir & berselawat, insyaallah bantuan Allah swt pasti tiba.

Jika anda masih perlukan tips tambahan utk membantu bayi yg demam kuning, teruskan baca artikel di bawah.

Bacaan menarik: Ini 4 cara semulajadi utk merawat demam kuning bayi!

Kesimpulan.

Sampai juga kita ke hujung artikel. Ibu harap perkongsian tentang demam kuning & susu kambing memberikan manfaat.

Ringkasan kepada artikel ini ialah
  1. Susu kambing tidak sesuai diberi secara terus kepada bayi dgn jaundice.
    .
  2. Susu ibu pilihan terbaik utk bantu anak pulih dr kuning.
    .
  3. Ibu blh minum susu kambing & menyusukan anak dgn susu ibu. Dgn cara ini, anak blh dapat khasiat susu kambing secara tak langsung.
    .
Sekiranya anda mahu berkongsi pengalaman & pendapat. Mahupun bertanyakan soalan, ruangan komen sentiasa terbuka utk anda.

Dapat pahala percuma sebab dapat jadi rujukan mak ayah lain yg mencari info. Insyaallah.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dr tiga ini: sedekah yg berlaku terus menerus, pengetahuan yg di manfaatkan, dan anak soleh yg mendoakan dia.” (HR Muslim)

Loading...

Tags: #baca #Bayi #Cuba #KAMBING #Kuning #Sebelum #Susu #Wajib

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Susu kambing utk bayi kuning? Ibu wajib baca ini sebelum cuba!"