Susu Dutch Baby 6-12 bulan? Ini panduan utk ibubapa sebelum cuba.

Loading...

Anak 6 bulan ke atas dah mula belajar mknan pejal. Tapi, belum blh putus susu. Susu dutch baby utk 6 bulan ke atas sesuai ke? 

Susu Dutch Baby 6-12 bulan

Bayi yg berusia 6 sehingga 12 bulan memang comel. Dan kuat minum susu.  Badan pun tengah montel kan!

Geramnya nak cubit. Cuma, macam mana yg nak bagi dia kuat sikit?

Selalu hantar pergi rumah pengasuh, kalau budak lain tak sihat dah jangkit. Terpaksa pula kita cuti.

Disamping mknan pejal yg kita blh tambah sayur & buah. Pemilihan susu formula yg betul pun penting. 

Ibu dah lalui semua tu masa anak anak masih baby dulu. Semoga bermanfaat utk semua.

Baca sampai habis & anda akan dapat manfaat ini.

  1. Yakin susu ni berbaloi atau tidak utk dicuba.
    .
  2. Tahu dimana blh dapat harga terbaik.
    .
  3. Faham kelebihan & kekurangan susu ini.
    .
Sekarang kita mulakan dgn soalan paling penting


Berbaloi ke cuba susu dutch baby utk bayi berusia 6 bulan ke bawah?

Kalau kita pergi kedai, banyak jenama susu tersusun atas rak kan? Macam mana nak pilih yg tepat.

Bacaan menarik: 7 Susu bayi paling bagus pilihan mak ayah Malaysia!


Kenapa nak beli susu jenama dutch baby juga?


Tak susah pun sebenarnya.

Tanya 3 soalan di bawah ni pd diri sendiri. Insyaallah blh dapat jawapan dgn segera.


3 soalan mudah sebelum beli susu dutch baby utk anak berusia 6 sehingga 12 bulan ke atas.

  1. Apa kata mak lain yg pernah cuba susu ni?
    .
    Jawapannya – Cari testimoni emak lain yg pernah cuba.
    .
  2. Di mana blh kita beli susu ni yg dijamin original?
    .
    Jawapannya – Beli di kedai yg diyakini. Hypermarket contohnya ada bahagian khidmat pelanggan utk kita buat aduan sekiranya ada masalah berlaku.
    .
  3. Macam mana kalau dah beli tapi anak tak nak minum, apa nak buat?
    .
    Jawapannya – Kalau dah juga baca testimoni orang, lepas beli masih tak sesuai. Kan membazir? Cara paling mudah, beli saiz kecil dulu.
    .

Tak susah kan?

Dengan bertanya 3 soalan di atas, akan mengelakkan kita membazir.
bayi minum susu dutch baby 6-12 bulan

Kelebihan Dutch Baby utk 6-12 bulan.

1. Mengandung ALA/LA

Susu ini mengandungi bebernama ALA/LA yg berfungsi sbg asid lemak penting.


2. Membantu perkembangan anak.

Tiada susu yg lebih baik utk pertumbuhan anak kita selain susu ibu. 

Tetapi, sekiranya kita menghadapi masalah membekalkan susu badan kepada si manja, mungkin kita dapat berikan susu ini sbg alternatif.


Khasiat yg terkandung di dlm susu ini sangat perlu utk sekurang kurangnya mencukupkan apa yg kurang. Contohnya,

  1. Kolin yg bagus utk membentuk bahagian penting membran sel.
  2. Prebiotik utk melancarkan fungsi saluran pencernaan.
  3. Zat besi yg mampu mengatasi masalah anemia. 

Pengalaman menggunakan susu ini.

Pengalaman 1.

Salah seorang anak Ibu, mendapat khasiat dr susu ibu utk hampir 10 bulan pertama.

Kemudian atas sebab tertentu, anak tak nak sambung susu ibu. Terpaksalah kami cari susu formula sbg pengganti.

Banyak jenama kami pernah cuba semasa tempoh ini. 

Salah satunya adalah susu ini.

Semasa mula mula menggunakannya, anak tak ada masalah. Ada dlm beberapa minggu pakai. Nampak macam serasi.

Tapi, kemudian semasa baby demam & selesema. Dah pergi jumpa doktor, berulang kali sebab kahak tak hilang hilang.

Anak usia macam ni tak pandai batuk buang kahak lagi. Jadi doktor sarankan tukar jenama lain.

Ibu tak kata susu ni tak bagus. Cuma, mungkin tak serasi dgn keluarga kami.

Bacaan menarik: 4 Jenama botol susu terbaik di Malaysia! 


Pengalaman 2.

Anak buah Ibu minum susu ini dr usia 1 thn dan ke atas. Alhamdulillah serasi.

Masa demam memang ada masalah kahak juga tapi tak teruk macam anak Ibu sendiri.

Mak ayahnya pun tak tukar brand lain.

Jadi, pucuk pangkalnya pd mak ayah sendiri.

Cara beli susu ini pd harga terbaik?

Cara paling mudah nak dapat susu murah mestilah beli online. Terutama masa hujung thn tu.

Kan ada Year End Sale.

Cuma hati hati juga ya, dr pengalaman kawan kawan yg beli susu banyak banyak ni kena perhatikan tarikh luputnya.

Jangan beli susu yg dah hampir tarikh luput.


Kesimpulan.

Kesimpulannya, anak anak yg sedang membesar ni perlukan susu yg serasi dgn mereka. 

Susu terbaik tetap susu ibu. Kalau tak ada rezeki menyusukan anak, blhlah beli susu yg premium.

Kalau bajet kita agak terhad, mungkin blh pertimbangkan beberapa jenama seperti dugro dan dutch baby ni.

Apa yg pasti, sebelum cuba kita fikir masak masak tau.

Sebarang pandangan & perkongsian pengalaman, jemput menulis di ruangan komen ya. Sama sama dapat pahala sebab berkongsi ilmu.

Jumpa lagi.
Loading...

Tags: #baby #Bulan #Cuba #Dutch #ibubapa #Panduan #Sebelum #Susu

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Leave a reply "Susu Dutch Baby 6-12 bulan? Ini panduan utk ibubapa sebelum cuba."