Susu Dutch Baby 0-6 bulan? Mak ayah wajib baca sebelum cuba!

Pening kepala mak ayah nak beli susu utk bayi baru lahir kan? Kalau beli baby tak sesuai kan dah membazir. 

susuBdutchBbabyB0 6Bbulan - Susu Dutch Baby 0-6 bulan? Mak ayah wajib baca sebelum cuba!

Duit memang blh cari, yg penting anak kita sihat & gembira kan. 

Pada masa yg sama, kita nak selesaikan masalah cari susu yg serasi dgn segera.

Ibu faham tu, anak kita layak yg terbaik. Sebab itu Ibu nak kongsi pengalaman sendiri guna susu ni utk 2 orang anak dulu. Blh jadi panduan utk anda semua.

Tak membazir masa & duit. Anak kita pun tersenyum kenyang.

Selepas baca sampai habis, Ibu jamin anda akan

  1. Yakin susu ni berbaloi atau tidak utk dicuba.
    .
  2. Tahu dimana blh dapat harga terbaik.
    .
  3. Faham kelebihan & kekurangan susu ini.
    .
Tanpa bertangguh lagi, kita mulakan sekarang. Semoga bermanfaat.


Berbaloi ke cuba susu dutch baby utk bayi berusia 6 bulan ke bawah?

Seperti  biasa, penting utk kita sedar yg tak ada susu lagi bagus dr susu ibu.

Walaupun susu mahal premium yg berstatus gold sekalipun.

Susu badan tetap terbaik.

Jadi, kalau kita dah berusaha yg terbaik utk berikan susu badan. Tapi masih juga tak mencukupi utk anak kita.

Barulah kita cari alternatif susu tepung utk bayi.

Bacaan menarik: Susu rumusan terbaik utk bayi. Ini pilihan popular ramai ibu bapa di Malaysia!

Salah satu jenama yg berpatutan harganya adalah Dutch Baby.

Sebelum cuba, ikuti langkah ini.

3 Langkah mudah sebelum cuba susu dutch baby utk newborn.

  1. Cari testimoni mak mak yg pernah cuba susu ini.
    .
  2. Jika puas hati, baru bandingkan harga. Pastikan kita beli dr tempat yg betul supaya mengurangkan risiko susu tiruan.
    .
  3. Beli 1 dulu dan saiz yg kecil. Jangan beli banyak sebab harga murah. Nanti anak tak minum membazir!
    .

Senang kan?

Panduan di atas akan mengelakkan kita menyesal dikemudian hari.

bayiBminumBsusuBdutchBbabyB0 6Bbulan - Susu Dutch Baby 0-6 bulan? Mak ayah wajib baca sebelum cuba!

Pengalaman sebenar menggunakan susu ini.

Pengalaman 1.

Anak pertama Ibu, pernah minum susu jenama ini. Dan ada juga kawan kawan dan saudara yg jenama sama.

Bagi anak Ibu, susu ni tak sesuai.

Sebab tiap kali lepas minum anak akan batuk dan cepat berkahak. Mungkin keluarga kami ada alahan susu lembu.

Masa tu pula, Ibu beli sampai 5 pek besar.

Memang membazirlah, sebab dah beli banyak lepas tu anak tak minum. Jadi jangan jadi macam kami. Huhu. Sedih.

Kemudian kami tukar susu lain. Baru ok.

Selain susu formula, pemilihan botol susu yg sesuai pun penting tau. Dapat bantu kurangkan risiko baby kembung.

Bacaan menarik: Botol susu yg bagus utk anak kita. Ini 4 jenama paling disukai ibubapa di Malaysia!


Pengalaman 2.

Tapi, sepupu Ibu berikan susu ini utk anak perempuannya 2 orang. Sampai sekarang ok.

Badan pun semangat je. Untunglah, dapat beri susu yg berpatutan harganya.

Budak tu pun lasak.

Jadi, Ibu buat kesimpulan.

Kelebihan susu Dutch Baby (Pandangan peribadi).

  1. Harga sangat berpatutan.
    .
  2. Kuantiti banyak.
    .
  3. Mudah didapati.
    .

Kekurangan susu ini (Juga pendapat sendiri).

  1. Kurang sesuai utk anak yg alah laktosa.
    .
  2. Anak batuk berkahak lambat baik.
    .

Bacaan menarik: Pilihan susu dutch baby mengikut peringkat usia anak.


Dimana blh dapat harga susu terbaik?

Bahagian ni hanya sesuai dicuba selepas kita pasti anak kita sesuai dgn susu ni. 

Sebab, nak dapat harga murah kena beli banyak.

Kita blh dapat harga yg lebih murah semasa promosi di pasaraya. Atau melalui laman e commerce.

Contoh dlm 1 laman web tu, penjual buat promosi seperti dibawah ni.
  1. Beli 1 harganya RM31.20
  2. Beli 2 sehingga 11 pek dapat harga RM30.00 utk setiap pek.
  3. Beli lebih dr 12 pek dapat harga RM29.50 setiap pek.

Harga di atas utk saiz 1 kg tau.

Kita buat perbandingan.
  1. Kalau beli 20 pek pd harga RM31.20 jumlahnya RM624.00
  2. Jika 20 pek pd harga RM30 pula RM600
  3. Andai borong 20 pek harga RM29.50 RM590

Adalah bezanya kan.

Cuma kalau beli online ni yg tak sedapnya, ada kes tu dapat susu dah nak expired. 

Jadi kena tanya betul betullah sebelum beli.

Kita wajib jadi pengguna bijak.


Kesimpulan.

Kesimpulannya, tak bermakna susu murah dr dutch lady ni tak bagus. Cuma anak kita sesuai atau tidak dgn susu ni.

Jadi, semoga panduan yg diberi di atas dapat memberikan anda kelapangan minda.

Dah jelas dah nak beli atau tak. Kita dapat elak bazir duit dan anak kita pun kerap tak sihat sebab susu tak serasi.

Kalau sesuai pula, tahniah! Kita blh nikmati masa masa indah membesarkan anak anak ni.

kalau ada pandangan & nak kongsi pengalaman, jemput menulis di ruangan komen ya. Sama sama dapat pahala sebab berkongsi ilmu.

Jumpa lagi.

Carian Berkaitan

susu dutch lady untuk bayi 0-6 bulan

Loading...

Tags: #'Ayah #baby #baca #Bulan #Cuba #Dutch #Sebelum #Susu #Wajib

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Susu Dutch Baby 0-6 bulan? Mak ayah wajib baca sebelum cuba!"