Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas Jabatan Perangkaan Malaysia 2019.

Loading...

DataBHIESB2019 - Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas Jabatan Perangkaan Malaysia 2019.

Jabatan Perangkaan Malaysia sedang melaksanakan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah (HIS/HIES) dan Kemudahan Asas 2019 bermula Januari sehingga penghujung thn melibatkan isi rumah yg tinggal di Tempat Kediaman (TK) persendirian di seluruh negara.

Objektif utama penyiasatan adalah bg mengumpul maklumat taburan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, mengenal pasti golongan miskin dan tahap kemudahan yg dinikmati oleh isi rumah di Malaysia.

Data pendapatan itu akan digunakan kerajaan bg penyediaan sebarang Rancangan Pembangunan di Malaysia.

Data perbelanjaan juga digunakan dlm pengiraan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) yg merupakan cara mengukur kadar inflasi negara.

Seiring dgn matlamat dan tujuan itu, data HIES amatlah penting kepada kerajaan dan agensi berkaitan dlm perancangan, pembangunan dan penggubalan dasar dan polisi negara terutama dlm program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan yg lebih menyeluruh.

Selain drpada itu, data HIES merupakan bahan asas dlm pembentukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mknan dan penentuan golongan miskin dan miskin tegar.

Data ini juga seterusnya akan digunakan sbg input kepada analisis taburan pendapatan dan perbelanjaan berkaitan aktiviti ekonomi, pekerjaan dan sbgnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia berharap, isi rumah yg terpilih dpt memberi kerjasama sepenuhnya kepada kakitangan pegawai Jabatan Perangkaan yg berkunjung ke tempat kediaman terpilih.

Maklumat yg dikumpul adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak-1989).

Berdasarkan Seksyen 5 di bawah akta ini, kandungan borang soal selidik yg diterima adalah sulit dan tidak blh dihebahkan kepada jabatan lain, syarikat, individu atau mana-mana institusi di luar Jabatan Perangkaan.

Sumber

Loading...

Tags: #2019/ #Asas #Jabatan #Kemudahan #Malaysia #Pendapatan #Perangkaan #Perbelanjaan #Rumah #Survei

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Leave a reply "Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas Jabatan Perangkaan Malaysia 2019."