Surat Terbuka Utk Ayahanda Menteri Agama..

Loading...

Oleh : Afyan Mat Rawi
 

Warkah Terbuka Buat Ayahanda Menteri Agama

Pertama sekali Anakanda doakan Ayahanda berada di bawah rahmat Allah di bumi Cordova. Anakanda juga pernah ke sana dahulu. Memang cantik tempatnya. 

MenteriBAgama - Surat Terbuka Utk Ayahanda Menteri Agama..


Ayahanda,

Tujuan Anakanda menulis warkah ini bertujuan memberi sedikit respon terhadap isu-isu kontroversi yg melanda Ayahanda semenjak Ayahanda menjawat jawatan Menteri Agama yg akhir-akhir ini dilihat seperti Menteri Nikah Kahwin.

Selepas beberapa bln memegang jawatan tersebut, publik melihat Ayahanda agak gopoh dlm mengeluarkan sesuatu kenyataan kepada publik.

Perkara ini juga sudah diberi teguran oleh Kakanda Fadzli Ramly dlm perbahasan beliau mewakili Pahang di Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 tempoh hari.

Banyak kenyataan-kenyataan Ayahanda terhadap kepada publik menimbulkan keresahan kepada rakyat dan kemudiannya back-fired balik kepada parti dan kerajaan dan akhirnya ia menjadi bahan utk buli-siber dan troll.

Dari isu LGBT, isu tangkapan khalwat, isu ICERD, isu Zakir Naik, isu video lama Moorthy, isu kuil dan yg terkini isu Nurul Izzah – semuanya menimbul kontroversi yg tak berkesudahan.

Malah ada pun perkara yg tidak ada apa-apa isu, tiba-tiba Ayahanda keluarkan respon yg tidak perlu pun sebenarnya. Contohnya isu Zakir Naik, isu tangkapan khalwat, dan isu video lama Moorthy.

Malah juga, ada pula kenyataan yg hanya menambah petrol ke atas api, bukan utk meredakan keadaan. Contohnya isu LGBT, isu ICERD dan isu kuil.

Ayahanda,

Memang tak dpt dinafikan, selaku menteri maka Ayahanda akan disoal oleh wartawan dan media tapi barang diingat bahawa ada pepatah yg menyebut bahawa “terlajak perahu blh diundur, terlajak kata buruk pdhnya.”

Pepatah tersebut sangat sesuai dgn situasi Ayahanda. Suka Anakanda tambah pepatah moden; “Jika terlajak update status, print-screen dan kena troll jawabnya”.

Dalam hal ini, Anakanda respek Ayahanda Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau fokus kepada tugasan dlm kementerian beliau dan tidak ada timbul langsung sebarang isu kontroversi yg tidak wajar.

Kontroversi yg tidak wajar bermaksud kontroversi yg wujud bukan kerana dasar dan isu utama.

Contoh paling terkini ialah isu warkah Ayahanda kepada Sdri Nurul Izzah.

Kontroversi penggunaan kata ganti diri Kakanda-Adinda adalah kontroversi yg tidak perlu.

Anakanda faham, penggunaan Kakanda – Adinda adalah format penulisan surat tidak rasmi dr orang yg lebih tua kepada orang yg lebih muda. Anakanda pun belajar format penulisan surat tidak rasmi ketika UPSR dahulu. Anakanda dpt A dlm subjek Bahasa Melayu Penulisan ketika UPSR.

Bukan masanya utk mempertahankan format surat karangan rasmi buat masa sekarang.

Dalam adat Melayu, penggunaan “Kakanda – Adinda” sinonim dgn pasangan suami – isteri, pasangan lelaki – perempuan. Juga ia digunakan dlm hubungan kekeluargaan, persaudaraan terutama adik beradik.

Jadi penggunaan tersebut dlm konteks Ayahanda dan Adinda Nurul Izzah, menimbulkan kepelikan dan kejelikan orang ramai.

Hilang terus fokus isi utama kandungan warkah tersebut.

Walhal blh sahaja gunakan kata ganti diri Ayahanda – Anakanda atau gunakan saya – saudari.

Dalam konteks surat Ayahanda kepada Saudari Nurul Izzah yg berbeza jantina, sementelah Saudari Nurul Izzah juga mempunyai pesona wanita muda bujang dgn status janda manakala status Ayahanda pula selaku Menteri Agama dgn usia yg jauh lebih tua, anakanda kira kata ganti diri pertama dan kedua “Kakanda – Adinda”, sangat tidak sesuai.

Warkah itu dilihat mirip babak gedik dan gatal Datuk Menteri Nikah Kahwin dgn Puspawangi dlm filem Musang Berjanggut arahan Tan Sri P. Ramlee.

Lebih-lebih dgn ayat di perenggan pertama “Kakanda tidak blh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari”. Anakanda dan rakyat marhaen nyaris muntah hijau membaca ayat tersebut.

Ayahanda,

Kesan drpada warkah itu, ia menjadi bahan troll dr rakyat Malaysia. Mungkin Ayahanda akan katakan bahawa musuh politik Ayahanda yg akan senantiasa cari salah Ayahanda.

Tapi sebenarnya troll yg datang bukan dr musuh politik Ayahanda. Ia datang dr pelbagai golongan yg bukan dr kumpulan politik.

Lihat sahaja komen-komen di warkah berkenaan yg mendapat like yg tinggi, bukan komen dr musuh politik Ayahanda tapi datang dr rakyat marhaen yg meluat membaca perenggan pertama warkah Ayahanda.

Rujuk status FB warkah berkenaan, komen ringkas “Hang gila ka?” yg mendapat lebih 4K like bukan datang dr musuh politik Ayahanda. Ia datang dr seorang tokoh industri buku indie, Sdra Mutalib.

Tak dpt dinafikan, musuh-musuh politik Ayahanda akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap Ayahanda. Sama mcm Ayahanda juga.

Yang paling memalukan adalah troll dr seorang kartunis yg selalu melukis isu-isu semasa dgn phsyco dan sinis. Kali ini beliau melukis seorang lelaki mirip Ayahanda siap berkopiah putih, berbaju melayu dan berkumis dan jambang sedang menulis “ke hadapan dinda Izzah” di atas meja dgn keadaan yg dilihat terangsang ghairah.

Anakanda yakin bahawa jika warkah itu tidak menggunakan ganti diri Kakanda – Adinda, kesannya tidak seteruk ini.

Ayahanda,

Nasi sudah menjadi bubur. Warkah Kakanda Mujahid kepada Adinda Nurul Izzah sudah menjadi bahan troll.

Barang yg lps usah dikenang. Jadikan sbg muhasabah.

Anakanda difahamkan byk juga kenyataan-kenyataan ayahanda tidak dirujuk pun kepada pegawai-pegawai Ayahanda utk disemak sebelum dikeluarkan kepada publik.

Anakanda tahu perkara ini drpada rakan-rakan Anakanda. Pegawai-pegawai yg bekerja di pejabat Ayahanda pun pernah menjadi rakan-rakan Anakanda suatu ketika dahulu. Terkejut juga Anakanda mendengarnya. Harap-harap tidak benar.

Jika benar, suka Anakanda cadangkan gunakan sebaiknya pegawai-pegawai yg bekerja di pejabat Ayahanda terutama pegawai yg berkaitan hal ehwal media, komunikasi dan public relation utk memulihkan imej Ayahanda yg semakin lama semakin tercalar. Gunakan kepakaran mereka utk membantu Ayahanda mengeluarkan sebarang kenyataan kepada publik.

Anakanda masih ada harapan sebesar zarah utk melihat perkembangan syiar dan syariat Islam di bawah kepimpinan Ayahanda selaku menteri.

Akhir kata, suka Anakanda kongsikan kepada Ayahanda, kata-kata drpada Ayahanda kepada Ayahanda, Tuan Guru Yusuf Rawa pernah menyebut dahulu;

“…buktikan dgn kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yg lain di tanganNya”

Ayat ini Anakanda kopipes dr tulisan warkah Ayahanda.

Sekian, wassalam.

Loading...

Tags: #Agama #Ayahanda #Menteri #surat #Terbuka

author
Author: 
    Wajah Berubah Makin Cantik Setelah Bengkak, Via Vallen Operasi Plastik?
    slidegossip.com – Belum lama ini pedangdut Via Vallen menghebohkan publik dgn perubahan penampilannya
    Gebetan Baru Luna Maya Lebih Kaya dan Berkelas dr Reino Barack? Ini Deretan Bisnisnya!
    slidegossip.com – Meski Luna Maya sudah beberapa kali menegaskan kalau statusnya dgn Ryochin
    Setelah 7 Thn Menikah, Ustad Abdul Somad Diam-Diam Sudah Ceraikan Sang Istri!
    slidegossip.com – Ulama kondang Ustad Abdul Somad (UAS) tiba-tiba saja membawa kabar mengejutkan.
    Diketahui Pindah Agama Thn Ini, Tapi Salmafina Ngaku Sudah 2 Kali Rayakan Natal!
    slidegossip.com – Nama Salmafina Khairunnisa sempat menghebohkan publik di thn ini ketika ia

    Leave a reply "Surat Terbuka Utk Ayahanda Menteri Agama.."