KUALA LUMPUR 4 Jan. – “Sekarang baru tempuhi satu perjalanan bot. Hilux dan dua penerbangan lagi menyusul utk sampai ke Kedah. Mungkin esok malam (malam ini) baru sampai Kodiang. Hanya mampu meratapi batu nisan waktu itu…”
Remuk hati seorang anak apabila tuntutan kerja membuatkan dia tidak dpt menatap wajah ibunya buat kali terakhir.
Sedihnya, jenazah ibunya, Zainab Hashim telah selamat dikebumikan pagi ini.
Luahan hati Afif tular dlm media sosial malam tadi dan yg paling menarik perhatian adalah pengakuan bahawa sejak 2016 lagi dia telah meminta utk ditukarkan ke sekolah yg berhampiran dgn kampung halamannya tetapi ditolak.
“Dah lama mak aku sakit. Bermula 2016 aku bersungguh-sungguh mohon pindah nak duduk dekat mak dan berbakti pd mak. Rayuan demi rayuan, penuh dilampirkan surat sakit mak tapi mungkin dijadikan alas kaki pihak Menteri (Pendidikan), Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendididkan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” luahnya di Facebook, semalam.
Menurut Afif lagi, berita pemergian ibunya juga terpaksa disampaikan rakan guru dr sekolah lain yg datang menggunakan perahu kerana di sekolahnya langsung tiada talian telefon dan bekalan elektrik.
Utusan Malaysia berusaha mendapatkan abang ipar Afif, Dr. Saadan Man yg mengesahkan perkara tersebut. Menurut Saadan, Afif sudah tiga thn ditempatkan di Nanga Telawan, sebuah kawasan pedalaman kategori P3.
Lebih memilukan, Afif baru sahaja pulang ke Nanga Telawan pd 1 Januari lalu utk memulakan sesi persekolahan thn ini.
Sumber – UTUSAN ONLINE
Tags: #alas #JADI #Kaki #Menteri #Mungkin #PPD... #SAKIT #surat