Sup Telur Pecah Chinese

Loading...

aIMG 6061 1 - Sup Telur Pecah Chinese


Sup Telur Pecah Chinese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping paha ayam
6 cawan air
1 sudu besar stok ayam maggie
4 hiris halia
2 ulas bawang putih, ketuk
1 sudu besar udang kering
2 batang daun bawang, ambil bahagian akarnya
2 sudu kecil garam
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu mkn minyak utk menumis

4 biji telur, kocok

Bancuhan Tepung Jagung, larutkan
2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu mkn tepung jagung
3 sudu besar air

aIMG 6082 - Sup Telur Pecah Chinese

Cara-cara :

  1. Cuci ayam, tak perlu buang kulit atau di potong, lumur sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga kulit ayam keperangan.
  3. Masukkan air, stok ayam bersama hirisan halia, batang bawang dan udang kering.
  4. Tambah sedikit garam dan reneh sup sehingga ayam lembut.
  5. Keluarkan ayam utk di guna kemudian.  Carik2 kan isinya.
  6. Keluarkan bahan lain di dlm sup. 
  7. Tinggalkan air rebusan sup di atas dapur dan didihkan dgn api sederhana.
  8. Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
  9. Akhir sekali tuang telur, tunggu beberapa saat sebelum di kacau.
  10. Tutup api dan titiskan sedikit minyak bijan dan masukkan hirisan daun bawang.
  11. Masukkan carikan isi ayam,  enak di hidang panas.

aIMG 6078 - Sup Telur Pecah Chinese

Sup Telur Pecah Chinese
Loading...

Tags: #CHINESE #Pecah #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.