Sup Petola Dgn Telur

Loading...

Sup Petola Dgn Telur
Saya menyediakan Sup Petola Dgn Telur selepas melihat ada sebatang petola yg telah hampir seminggu terperap dlm peti ais. Lagi pulak, minggu lepas berhari hari menu masak lemak sahaja. Sebelum itu, kita masuk dulu bab bab semasa.

Manusia hanya blh merancang tapi hanya Allah yg Maha Mengetahui dan sebaik baik perancang. Mungkin saya terlepas cakap bab sakit, akhirnya pagi ini saya jatuh terjelepuk di laman depan porch sebelum bertolak ke pejabat. Sebelum naik ke kereta, saya tiba tiba mahu meihat anak pokok pucuk manis yg tumbuh di laman. Ketika mahu melangkah turun, saya tersalah pijak dan hilang imbangan badan menyebabkan saya jatuh terduduk. Kaki saya menjadi bengkak dgn tiba tiba menyebabkan saya memutuskan utk balik rumah selepas memohon cuti. 

Saya singgah di klinik dan diberi ubat utk disapu. Balik ke rumah, saya tidur di ruang keluarga sambil melihat cucunda saya. Sebaik terjaga, saya mendapati kaki saya bertambah sakit walaupun bengkak telah surut. Kami terus ke hospital utk membuat xray dan mendapat rawatan selanjutnya. Sungguh tidak menjangka bila saya tiba tiba ditimpa kemalangan dan terlantar di hospital di saat banyak tugasan yg perlu disiapkan di pejabat. Hanya Allah yg lebih mengetahui hikmahnya. 

Kebelakangan ini fikiran saya memang agak terganggu dgn bayangan nahas yg menimpa pesawat Lion Air selepas berlepas 13 minit dr Jakarta. Sebetulnya setiap kali menaiki pesawat, saya tidak akan berhenti henti membaca doa terutama ketika melangkah masuk dan ketika kapalterbang mulai bergerak. 

Di ketika itu dan saat seperti itu, tiada kuasa apa pun yg dapat menyelamatkan seseorang melainkan Allah jua. Tiada guna lagi pangkat, harta dan wang ringgit. Apa lagi intan berlian. Saya akan mengucapkan syukur Alhamdulillah sebaik sahaja kapalterbang selamat mendarat. Semoga kita semua akan dijauhi dr segala bala bencana dan sentiasa mengingati Allah sepanjang masa dan setiap ketika. Aameen…
Sup Petola Dgn Telur

Kembali pd lauk sup petola ini, ianya memang sedap terutama jika kita tidak berapa berselera nak mkn. Lauk sup sup memang sesuai utk membangkitkan selera mkn. Nak lagi sedap, telur kuning jangan dibiarkan terlalu masak, biar basah basah sedikit, barulah sedap.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

Sup Petola Dgn Telur

Sup Petola Dgn Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 batang petola – hiris nipis
3-4 biji telur
3 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
Garam
1/2 sudu lada sulah – tumbuk
Suhun – rendam dlm air
Cili merah – hiris
Daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga kuah hampir mendidih.

Tuangkan telur yg telah dipecahkan ke dlm mangkuk kecil satu persatu sehingga habis. Nota: Tuang sebelum kuah mendidih kerana setelah mendidih, telur akan jadi kembang merata, tidak bulat.
Sup Petola Dgn Telur

Bila telur hampir masak, masukkan petola, cili merah, garam dan serbuk lada sulah. Akhir sekali, baru masukkan suhun.
Sup Petola Dgn Telur
Sup Petola Dgn Telur

Sesuaikan rasa dan blhlah ditutup api supaya petola masih kekal rangup. Sebelum dihidangkan, blh tabur daun sup dan bawang goreng.
Sup Petola Dgn Telur

Loading...

Tags: #PETOLA #TELUR

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Sup Petola Dgn Telur"