Sup Kaki Lembu Yg Sangat Digemari

Loading...

Sup Kaki Lembu
Sup kaki lembu adalah antara masakan tradisi masyarakat kampung saya yg sangat saya sukai. Selepas pemergian arwah ayah, saya agak jarang memakan sup kaki lembu yg mana kakinya dibakar sehingga kasut kaki lembu tertanggal. Bakar pula kulit sehingga betul betul hilang bulu di kulit lembut. 

Walaupun kerjanya akan renyah tapi berbaloi baloi kerana rasanya sangat sedap. Anak saudara dr kampung mengirimkan dua batang kaki lembu. Kebiasaannya kaki lembu yg berkasut itu tidak dihantar sekali. Tapi kali ini dihantar. Jadi saya sangat lah teringin nak mkn daging bahagian kaki. 

Hubby membakar menggunakan dapur gas di rumah kami. Habis satu rumah berbau bila dibakar kaki lembu. Dan yg tak tahannya, habuk kesan dibakar masuk ke dlm lubang dapur gas sehingga tersumbat. Kalau di kampung, ianya dibakar di luar rumah. Jadi tak adalah bersepah seperti yg terjadi pd dapur kami. 
Sup Kaki Lembu

Kalau kaki lembu, masakan paling sedap tentulah sup. Serious berbaloi baloi. Bagi yg tidak pernah mkn daging di bahagian bawah kasut lembu tu, memang saya cadangkan anda mencubanya. Lembut lembut dan rasa daging yg seolah bersalai tu, aduhaaai sangat sedap.   

Jom layan resepi yg saya gunakan di bawah ini. Resepi biasa biasa sahaja. Kalau menggunakan daging bahagian kaki yg dah berlemak ini, elok masak sup yg simple sahaja.
Sup Kaki Lembu

Sup Kaki Lembu
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1 batang kaki lembu
1-2 inci halia
Garam
Daun sup
2-3 tangkai cili padi
1 biji limau nipis
Bawang goreng

Bahan tumis:
1 sup bunjut
1 sudu besar serbuk rempah sup
4 ulas bawang merah – hiris

3 ulas bawang putih – hiris
Kulit kayu manis, bunga lawang

Cara cara:
Bakar kaki lembu sehingga kulitnya tertanggal dan bulu di kulit hangus. Kikis sehingga hilang kesan hangus.

Rebus kaki tadi bersama tulang kaki lembu yg lain. Masukkan halia yg dihiris kasar dan rebus sehingga tulang empuk. Saya guna pressure cooker dlm 45 minit.

Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian dituang ke dlm kuah rebusan tulang kaki tadi.

Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng. Ketika dihidangkan, tabur cili padi dan perah limau nipis. Sedia utk dinikmati.  

Loading...

Tags: #Digemari #Kaki #lembu #sangat

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Sup Kaki Lembu Yg Sangat Digemari"