SUP IKAN SEDAP

Assalamualaikum, 

Apa khabar pembaca blog fizalgk dan rakan-rakan sekalian? Moga sihat-sihat selalu ye dan hari ini cuti umum sempena Chinese New Year, jadi jika tidak kemana-mana tu blhlah masak utk keluarga dirumah. Walaupun sesibuk mana sekalipun air tangan isteri tu pengikat kasih-sayang keluarga ye tak? Itulah pesanan mak-mak kita zaman anak dara dulu…tak kiralah masakan simple pun janji dapur tu berasap. Tetapi kalau nak mkn kat luar pun tak ada salahnya sesekali…ye tak? Pandai-pandailah kita imbangi masa dan tanggungjawab sbg seorang isteri dan ibu.

Hari ini saya ingin berkongsi resipi sup ikan sedap yg sangat simple dan bagi yg ingin mencuba dialu-alukan. Blh je tukar dgn apa-apa jenis ikan yg anda suka. Jom kita lihat resipi dibawah ni ❤
SupBIkanBsedap - SUP IKAN SEDAP
SUP IKAN SEDAP
Bahan-bahan
4 potong ikan siakap – Boleh juga guna ikan lain 
4 cawan air

Bahan ditumbuk
1 biji Bawang besar ditumbuk
2 ulas Bawang putih ditumbuk
½ inci Halia 

2 sudu besar minyak masak
1 batang Kulit kayu manis | 1 kuntum Bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji kentang dipotong baji
½ batang lobak merah
1 biji tomato dibelah 4
3 biji cilipadi diketuk
1 bunjut sup bunjut
Garam dan lada sulah secukup rasa

Hiasan
Daun sup sedikit
Bawang Goreng sedikit

Cara membuat

1. Mula-mula tumbuk halia bersama bawang putih dan bawang besar sehingga lumat

2. Kemudian panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.

3. Selepas itu masukkan air dan kentang.

4. Setelah mendidih, masukkan ikan, lobak merah, cilipadi, tomato, sup bunjut dan perasakan dgn garam serta lada sulah. kacau rata dan didihkan lagi sehingga ikan masak sepenuhnya. 

5. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun sup sebelum dihidang.

Loading...

Tags: #IKAN #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "SUP IKAN SEDAP"