Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih, Mudah dan Sedapnya.

Untitled design 3 1 - Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih, Mudah dan Sedapnya.

Roti Bawang Putih memang sedap bila dipadankan dgn Sup Cendawan Berkrim.. Buat hidangan Tengah Malam (supper) mahupun dimakan sarapan memang mantaplaa. Super jiimat dan super sedap.

Kalau badan terasa nak demam atau hilang selera mkn, dua sajian ni memang gerenti tak tolaklah. Sungguh membuka selera. Jom semak resipi yg dikongsikan oleh Yatie Yusof ini yg biasa memasaknya apabila diminta anak-anak bila demam dan tak berselera mkn nasi.

MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT

Untitled design 1 1 - Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih, Mudah dan Sedapnya.

BAHAN-BAHAN :

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1-2 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu mkn mentega
  • 1 tin cendawan butang | potong hiris @ cincang)
  • Sedikit serbuk perasa | jika suka

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan air dan susu segar dlm periuk. Masak sehingga mendidih
  2. Kemudian masukkan kiub ayam.
  3. Kacau 2 sehingga 3 minit dan masukkan lada hitam dan cendawan, kacau lagi dlm 15 minit.
  4. Masukkan daun parsli, mentega, garam dan kacau lagi dlm 10 minit.
  5. Tepung dibancuh dgn air dan kacau supaya tidak berketul , kemudian tapiskan dlm periuk.
  6. Kacau sebati sup sampai menjadi pekat, reneh agak lama supaya masak sempurna.

GARLIC BREAD

Untitled design 2 1 - Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih, Mudah dan Sedapnya.

BAHAN-BAHAN :

  • Roti Perancis | dihiris (boleh juga guna roti biasa)
  • 2 sudu mkn mentega
  • Secubit daun parsli
  • 1 ulas bawang putih bakar sekejap | ditumbuk halus

CARA MEMASAK :

  1. Campur semua bahan dan sapukan atas roti.Letak atas kuali leper masak sehingga garing dan keperangan.
  2. Hidangkan bersama sup cendawan.

Komen anda


Loading...

Tags: #BAWANG #Cendawan #Mudah #Pizza #PUTIH #Roti #Sedapnya…

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih, Mudah dan Sedapnya."