Sup Ayam Hutan

IMG 5094 1 - Sup Ayam Hutan

Tanyakanlah diri kita, siapalah kita utk berbangga bangga diri. Kerana apa? Kerana kita berpangkat boss, kerana kita banyak duit, kerana kita kaya? Kerana semua itu kah? Sebetulnya tiada siapa pun yg hairan. Hanya di depan mereka sekadar menghormati tetapi bukan kerana kita disayangi. Setuju tak? 

Haa kalau setuju, belajarlah utk hidup humble dan sentiasa menyenangkan orang lain. Kena sentiasa ada rasa kasihan dan sayang pd sesama insan tanpa mengira jika mereka staf bawahan kita atau kuli yg bekerja di jalanan. 

Fikirkan bahawa mereka juga menpunyai perut utk diisi, keluarga utk disara. Mereka juga menpunyai anak anak utk dikasihi dan dimanjai selepas waktu kerja. Sekadar peringatan buat diri saya sendiri. Sesuatu yg indah sedang menanti kita semua, bukan di sini tetapi di akhirat. OK masuk bab resepi pula.

Setelah lama teringin utk menikmati ayam hutan, akhirnya hajat tercapai apabila Ashraf, rakan IG, tolong dapatkan dr kawan yg menpunyai ayam utk dihantar kepada saya. Sekadar ingin mkn sahaja. Dah dapat merasa mkn mknan exotic, cukuplah. Saya tidak lah sangat menggemarinya. 

Maklum lah nak menggigitnya pun perlu berhati hati kerana isinya sikit dan tulang blh melukakan gusi. Hahaha. Lagi pulak, anak anak saya tidak suka ayam yg tidak menpunyai banyak isi atau yg sedikit keras. Mereka bukan anak kampung tapi anak anak yg dibesar di bandar pasti lain citarasanya.
IMG 5096 - Sup Ayam Hutan

Saya menyediakan sup ini sbg lauk hidangan tengahari saya. Walaupun saya tidak menggemari ubi kentang, tapi saya masukkan juga sebiji utk Hubby dan anak anak yg sukakan ubi kentang. Sup simple seperti ini sedap dihirup di kala kita tiada selera mkn. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jangan lupa subscribe ya. Selamat mencuba…

IMG 5090 - Sup Ayam Hutan

Sup Ayam Hutan

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam hutan 
1 biji ubi kentang – potong kecil
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia 
1 batang kayu manis
1 sudu besar rempah sup
Garam kasar

Bahan hiasan:
Daun bawang
3 tangkai cili api – hiris
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan halia yg dihiris sehingga wangi. 

Masukkan rempah sup dan kacau rata dgn cepat. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 
IMG 5075 - Sup Ayam Hutan

Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan ubi kentang. Kacau rata. 
IMG 5073 - Sup Ayam Hutan

Tuang air secukupnya. Setelah mendidih dan ubi kentang telah lembut, masukkan garam secukup rasa. 

Akhir sekali masukkan daun sup, cili padi dan bawang goreng. 
IMG 5080 - Sup Ayam Hutan
IMG 5084 - Sup Ayam Hutan

Nota:
Saya rebus ayam hutan dlm pressure cooker selama 9 minit. 


Loading...

Tags: #Ayam #Hutan

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Sup Ayam Hutan"