Sup Ayam Halia, Legakan Batuk dan Buang Angin

Loading...

sup ayam halia cover 26 34 524351 1 - Sup Ayam Halia, Legakan Batuk dan Buang Angin

Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yg berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bg mereka yg sensitif.

Makan sup ayam dgn halia yg agak byk blh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dr dlm badan. RASA berikan resipi sup ayam halia utk korang semua. Cubalah.

SUP AYAM HALIA

sup ayam halia fb 26 01 809968 - Sup Ayam Halia, Legakan Batuk dan Buang Angin

BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak utk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUAT

1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.

Selamat mencuba.

Loading...

Tags: #Angin #Ayam #Batuk #Buang #Halia #Legakan

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.