SUNAT HAJAT,QADHA SUBUH, FATIHAH

CARA SEMBAHYANG SUNNAT HAJAT, MAKMUM QADHAKAN SUBUH BERJEMAAH DENGAN IMAM TIADA QADHAKAN SUBUH, TERSALAH MEMBACA FATIHAH BAGAIMANA MEMBETULKAN


Soalan:

1).       Saya ingin tahu:

            a).        Apakah dan bagaimanakah keadaan sunnat Hajat dlm sembahyang berjemaah.

            b).       Bagaimana pula seorang makmum mengkadha Subuh dgn berjemaan bersama imam yg sembahyangnya lain drpada sembahyang Subuh (fardhu).  Adakah makmum itu disunnatkan juga membaca doa Qunut atau ia ikut imamnya itu terus sujud dgn meninggalkan Qunutnya?

            c).        Jika terdapat kesalahan membaca Fatihah dlm sembahyang adakah mesti diulang bacaan Fatihah itu dr awal iaitu dr بسم الله الرحمن الرحيم atau diulang pd awal ayat yg salah itu sahaja.
Jawapan:

الحمد لله

1.         a).        Cara sembahyang sunnat Hajat berjemaah:  Niat sembahyang Hajat berjemaah dlm hati serta Takbiratul Ihram.  Kalau sembahyang hajat berjemaah pd malam hari, sunnat imam angkat suara sedikit pd Fatihah dan surah, dan kalau sembahyang Hajat berjemaah siang hari maka imam tiada angkat suara.  Sembahyang Hajat itu dua rakaat lps Fatihah baca surah انا اعطيناك الكوثر  enam kali dlm rakaat pertama, dan lps Fatihah baca surah قل يايها الكافرون  enam kali dlm rakaat yg kedua, sesudah salam baca doa ini iaitu:

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله واله وصحبه اجمعين.

اللهم بك نستعين ، وعليك نتوكل ، اللهم ذلل لنا صعوبة أمورنا ، وأرزقنا من الخير أكثر مما نطلب ، واصرف عنا كل شر ، ربنا اشرح صدورنا ، ونور قلوبنا ويسرلنا أمورنا ، اللهم انا نستحفظك ونستودعك أنفسنا وأدياننا وأهلنا واولادنا وأقاربنا واحبابنا ، وكل ما انعمت به علينا وعليهم من أخرة ودنيا فاحفظنا اجمعين كل سوء ياكريم اللهم لاتدع فى مقامنا هذا ذنبا الاغفرته ، ولا هما الا فرجته ، ولا دينا الا قضيته ، ولا ضرا الاكشفته ، ولا فاسدا الا أصلحته ، ولا حاجة من حوائج الدنيا الا قضيتها ويسرتها يا ارحم الرحمين وصلى الله على سيدنا محمد واله وصحبه وسلم والحمدلله رب العالمين

            Ertinya:  بسم الله , الحمد لله  shalawat dan salam diatas Rasullullah keluarga dan sahabat-sahabat bgnda sekalian.

            اللهم  kami mohon pertolongan, dan kami bertawakal kepada Tuhan Hamba, اللهم  mudahkan bg kami segala kesusahan perkara kami, dan mohon beri kami lebih byk dr apa yg kami pohon, dan mohon jauhkan segala kejahatan, Ya Tuhan kami mohon lapangkan dada kami, dan mohon terangkan hati kami, dan mudah segala perkara kami, اللهم  mohon pelihara kami dan mohon lindungkan diri kami, agama kami, ahli kami, anak-anak kami, kerabat-kerabat kami, mereka yg kami kasih, dan segala nikmat yg Tuhan kami telah kurniakan kepada kami dan kepada mereka, dr perkara akhirat dan dunia dan mohon pelihara kami sekalian dr segala kejahatan Ya Tuhan yg Maha Murah.  اللهم  Ya Allah jangan ditinggalkan majlis kami ini akan sesuatu dosa melainkan Tuhan kami telah beri ampun akannya, dan sesuatu melainkan Tuhan kami telah redhakannya, dan sesuatu hutang melainkan Tuhan kami telah bantu pd memberinya, dan sesuatu mudharat dan bencana melainkan Tuhan kami lpskan drpadanya, dan sesuatu yg rosak melainkan Tuhan kami betul akannya, dan sesuatu hajat dr hajat-hajat dunia melainkan Tuhan kami tolong sampaikan dan mudah akannya Hai Tuhan yg Maha kasihan dan shalawat dan salam keatas Saidina Muhammad dan keluarga dan sahabat dan الحمد لله .

2.         a).        Makmum baca Qunnut kemudian ia ikut imam.

            b).       Dia baca kalimah atau perkataan yg salah baca itu dan teruskan baca Fatihah sehingga akhirnya.  Ingat jika perkataan itu dimulakan  ال  maka wajiblah dimulakan dgn ال  seperti الرحمن  , jika salah baca pd perkataan الرحمن  , supaya cukup huruf Fatihah 144 huruf itu dibaca oleh orang yg sembahyang itu dan blh dibaca dr awal ayat seperti salah baca الرحمن  dr بسم الله maka mulakan semula بسم الله الرحمن الرحيم .

والله أعلم

 [YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA

HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]

Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


Loading...

Tags: #FATIHAH #HAJATQADHA #Subuh #Sunat

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "SUNAT HAJAT,QADHA SUBUH, FATIHAH"