Sumbangan PIBG wajar dpt pelepasan cukai

Loading...

image - Sumbangan PIBG wajar dpt pelepasan cukai
Imej via Utusan

JELI 2 Mac – Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan cadangan supaya mana-mana ibu bapa atau penjaga yg membuat sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menerima pelepasan cukai sehingga sekurang-kurangnya RM200.

Pengerusi Pertubuhan Muafakat Harapan Malaysia (Muafakat) Kelantan, Azran Deraman berkata, langkah tersebut dpt menggalakkan golongan itu memberi sumbangan kepada sekolah anak masing-masing.

Secara tidak langsung katanya, ia mampu menyelesaikan masalah kekurangan dana yg sedang dihadapi kebanyakan PIBG di sekolah-sekolah seluruh negara hari ini.

“Diharap pihak Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan dpt melihat perkara ini dan mempertimbangkan cadangan membenarkan pelepasan cukai sehingga RM200 kepada ibu bapa yg membuat sumbangan kepada PIBG,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat PIBG dan Penyampaian Duit Bantuan Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Chanal, di sini hari ini.

Azran dlm pd itu berharap Kementerian Pendidikan dpt memberikan tumpuan segera dlm menyelesaikan masalah kemudahan bilik darjah, kelengkapan pembelajaran dan akses jalan yg masih lagi daif di kawasan pedalaman negeri ini

Kata beliau, antara isu lain yg wajar diberi tumpuan segera pihak kementerian ialah permohonan pertukaran guru-guru yg menghadapi masalah keluarga, masalah kesihatan dan masalah penempatan.

“Umum mengetahui permasalahan permohonan pertukaran guru-guru merupakan isu yg tidak dpt diselesaikan dgn baik sehingga kini. Luahan dan kekecewaan mereka blh kita lihat di media sosial seperti Facebook, Whatsapp atau lain-lain.

“Bagi pembangunan jangka panjang atlet sukan Malaysia, saya harap Kementerian Pendidikan dpt berusaha mengupayakan semula kemudahan sukan dgn mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Berprestasi Tinggi di sekolah-sekolah terpilih,” katanya.

Kata beliau, kunjungan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ke negeri ini, esok diharap membawa beberapa berita gembira buat warga pendidik di Kelantan.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Cukai #Pelepasan #PIBG #Sumbangan #wajar

author
Author: 
    Harga Menu Texas Chicken
    Hai semua.. Saja nak post latest harga menu Texas Chicken. Senang incase BBL
    Lewat Foto Ini, Lulu Tobing Akhirnya Mengaku Telah Resmi Jadi Istri Cucu Konglomerat!
    slidegossip.com – Kabar pernikahan Lulu Tobing dgn cucu konglomerat, Bani M Mulia ternyata
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln

    Leave a reply "Sumbangan PIBG wajar dpt pelepasan cukai"