Sukatan susu dutch baby mengikut usia? Ini panduan yg tepat!

Loading...

Pernah tak kita alami, susu dah beri pd bayi tapi mereka tetap menangis minta susu?

sukatan susu dutch baby utk si manja

Memberi anak susu botol memerlukan kesabaran. Terutama sekali sekiranya anak kita baru lahir.

Belum blh cakap kan? Sebab tu penting utk kita perhatikan tanda mereka mahu minum susu. Dan pd masa sama sediakan sukatan susu yg tepat. Tak kiralah jenama friso, mahupun dutch baby.

Bacaan menarik: Susu dutch baby bagus ke? Ini perkongsian pengalaman ibu yg pernah menggunakannya!


Barulah susu habis diminum, bayi pun blh terlena sambung tidur.

Panduan ini secara umum saja, nak tahu yg lebih tepat menurut brand susu rujuk belakang kotak susu.

Dengan membaca artikel susu dutch baby ini sehingga habis, Anda dijamin akan

  1. Faham cara menyukat susu yg diperlukan anak mengikut usia mereka. Dapat pastikan mereka kenyang & mengelak pembaziran!
    .
  2. Peka dgn tanda tanda bayi kita yg baru lahir sedang lapar & ingin diberi susu.
    .

Sukatan susu utk bayi secara umum mengikut usia!

Terdapat 3 perkara yg perlu kita perhatikan sebelum menganggarkan kuantiti susu yg diperlukan. Iaitu
  1. Berat bayi – bayi yg lebih berat biasanya lebih kuat menyusu.
    .
  2. Usia – jumlah susu yg diminum bertambah dgn usia mereka.
    .
  3. Jantina anak – bayi lelaki biasanya lebih kuat menyusu dr perempuan.
    .

Tiga perkara di atas blh memainkan peranan. Selain itu, kesihatan bayi juga mempengaruhi. Anak yg sihat mungkin lebih berselera berbanding yg sedang sakit.

Sebab itu kadang kadang, kuantiti susu yg disediakan mungkin sama. Anak kita pula blh tak mampu habiskan atau sebaliknya masih haus.

Kalau diperhatikan mengikut usia anak, berikut adalah tips utk buat anggaran.

1. Usia bayi baru lahir sehingga setengah bulan. (0-2 minggu)

Kuantiti susu diperlukan adalah 70ml setiap sesi. 

2. Usia bayi setengah bulan sehingga 2 bulan. (2-8 minggu)

Seiring dgn pertambahan usia, anak kita mungkin sudah mampu menghabiskan susu sebanyak 80ml sehingga 100ml setiap sesi.
Harus diingat, ini cuba anggaran saja, kalau ada tanda anak kita masih kelaparan blh tambahkan sedikit kuantiti susu di sesi seterusnya dan lihat sama ada habis atau tidak.

3. Usia bayi mencecah setengah thn. (6 bulan)

Semasa usia ini, anak kita sudah pun pandai menangis utk disusukan. Kuantiti sebanyak 220ml biasanya mencukupi. 

Pada masa yg sama, anak kita sudah mula berjinak jinak mkn mknan pejal. Kemungkinan susu yg diperlukan utk kenyang akan berkurangan jika mereka berselera mkn.

Sebelum ini Ibu ada berjanji utk berkongsi tanda tanda yg blh kita perhatikan pd bayi yg kehausan.

Lepas ni sebelum anak menangis minta susu, kita dah blh suakan botol.

Mesti anak kita hairan. 

“Hebatlah mak aku ni, baru terdetik haus je susu dah siap!”


Hehe.

Tanda tanda anak kita sedang haus. Emak blh cepat sediakan susu!

tanda anak lapar minta susu

1. Menghisap tangan & bibirnya.

Bayi yg haus secara nalurinya akan menghisap objek di sekelilingnya utk menyusu. 

Sekiranya anak anda dibiarkan menghisap tangan buat seketika & tidak disua susu. Kemungkinan bayi akan menangis kerana masih lapar.

2. Menangis. 

Tanda kedua ini biasanya terjadi kalau kita kurang peka dgn tanda pertama.
Bayi blh menangis kerana banyak sebab.
Mungkin rasa tak selesa dgn najis, tanda lampin perlu ditukar. Atau mungkin juga perutnya dah berbunyi kerana kelaparan.

3. Terjaga dr tidur & kelihatan resah.

Kebiasaannya, anak yg sedang lena tidur tidak akan menangis melainkan mereka telah terjaga terlebih dahulu.
Jika ibu perasan bayi terjaga & tidak mahu tidur semula, cuba periksa lampin dahulu & jika masih kering. Anak kita sedang haus tu.

4. Membuka mulut.

Sekiranya anak kita sudah menghabiskan botol pertama tapi masih membuka mulut, mungkin kuantiti susu tidak mencukupi.

5. Cucuk pipinya.

Jika kita mencucuk lembut pipi anak dgn jari dan bayi bertindak balas menyuakan mulut, nampaknya masa mkn dah tiba ni.
Rasanya cukup 5 tanda yg blh kita perhatikan.

Kesimpulan.

Anak kita yg masih kecil memerlukan perhatian ibu & ayahnya utk mendapat khasiat yg cukup dr susu yg diminumnya.
Sebagai ibu bapa yg prihatin, penting utk kita perhatikan tanda tanda anak kita sedang haus.
Dan menyediakan susu yg betul sukatannya.
Barulah si manja blh membesar dgn sihat & penuh hilai tawa. Berseri hidup kita dgn telah mereka.
Ibu harap perkongsian pendek ini mendatangkan manfaat kepada anda.
Sekiranya anda rasa ada benda nak ditambah, ataupun nak kongsi pengalaman. Ruangan komen terbuka luas utk anda.
Sama sama kita meriahkan utk manfaat bersama. Dapat pahala percuma sampai bila bila.
Jumpa lagi ya. Assalamualaikum.


Carian Berkaitan

sukatan susu dutch baby
Loading...

Tags: #baby #Dutch #Mengikut #Panduan #Sukatan #Susu #TEPAT #Usia

author
Author: 
    CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru
    SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan
    Lucinta Luna Alami Kecelakaan? Netizen: Curiga Jangan-Jangan Oplas Lagi!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna dikabarkan mengalami kecelakaan sehingga membuat kepalanya harus
    Latih semula guru fahami Falasafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu
    Latih semula guru, pendidik mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu

    Leave a reply "Sukatan susu dutch baby mengikut usia? Ini panduan yg tepat!"