Sudahlah Diserang Kerana Sindir Allah Tak Sembuhkan Adib, Kini Caryn Yean Hilang Kerja Pula..

Caryn Yean, facebooker yg menjadi viral disebabkan menghina kematian wira negara, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan telah dibuang kerja dr syarikat Honda Sri Utama Auto Sdn Bhd.

Ini susulan dr hasil siasatan Honda Sri Utama yg mengesahkan kakitangannya telah melanggar polisi syarikat apabila membuat komen tidak wajar mengenai kematian Adib.

Caryn 1 - Sudahlah Diserang Kerana Sindir Allah Tak Sembuhkan Adib, Kini Caryn Yean Hilang Kerja Pula..



Caryn sebelum ini dilaporkan mengeluarkan kenyataan biadap apabila menulis komen, “bukan kerajaan gagal, Tuhan you yg gagal tak sembuhkan Adib,” katanya dlm mengulas berita kematian Adib pd isnin malam.

Pengarah Honda Sri Utama Auto, Wong Chee Keong turut mengeluarkan kenyataan kesal kerana kakitangannya memberikan komen yg tidak sensitif di laman sosial.

“Kami secara ikhlas memohon maaf atas komen yg tidak sensitif dibuat oleh kakitangan kami (Yean) mengenai berita sedih kematian Muhammad Adib.

“Kami tidak akan bertolak-ansur atau bertoleransi terhadap sikap sedemikan sama ada ia dilakukan dlm talian atau bukan,” katanya dlm satu kenyataan yg disiarkan menerusi laman Facebook syarikat itu semalam.

Pada awalnya Caryn dilaporkan digantung tugas tetapi bermula hari ini, 20 Disember 2018, Caryn disahkan hilang kerja serta-merta.

Untuk rekod, Caryn juga menghilangkan diri di laman sosial disaat ramai pihak mendesaknya membuat permohonan maaf. Beberapa pihak juga tampil membuat laporan polis mengenai komen Caryn Yean – SozCYili.

Loading...

Tags: #Adib #Allah #Caryn #diserang #Hilang #kerana #Kerja #Kini #Pula.. #Sembuhkan #SINDIR #Sudahlah #Yean

author
Author: 
    Pantas Saja Dianggap Menghina Profesi Satpam, Ternyata Ini yg Dilakukan Denny Cagur dan Parto!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr dua komedian Denny Cagur dan Parto. Bersama
    Download Singular and Plural Puzzles
    A noun names a person, place, thing, or idea. Usually, the first page
    Diblacklist MNC Group, Nikita Mirzani: Turun Rating Lu Gak Ada Gosip Tentang Gue!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani diblacklist oleh MNC Group. Alasannya, Nikita dianggap
    Aktiviti agama di sekolah jejas prestasi pelajar, keluh ibu bapa
    Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan ahli keluarga murid yg belajar di

    Leave a reply "Sudahlah Diserang Kerana Sindir Allah Tak Sembuhkan Adib, Kini Caryn Yean Hilang Kerja Pula.."