Suamiku Mr Blind ( Adaptasi Novel)

Loading...

suamikuBmrBblind - Suamiku Mr Blind ( Adaptasi Novel)



 Saksikan drama adaptasi novel – Suamiku Mr Blind
Arahan: Rusdi Ramli
Terbitan: Creativeskillproduction
Channel: Hypp Tv

Sinopsis:
“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yg sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dlm lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.

“Aku tak nampak apa-apalah!”

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup utk membayar apa yg telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yg berkaitan dgn kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas thn kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”

AIN SYUHADA muncul kembali dlm hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!

Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yg luar biasa sewaktu bersama PAnya yg menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!



Pada saat pernikahan Ain Syuhada dgn Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dgn rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?

“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dgn kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”

Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?

Barisan pelakon:

  • Nazrief Nazri- Aidil Zafran
  • Janisa Jalil – Ain Syuhada
  • Dayang Roza- Melissa
  • Intan Najuwa- Wani
  • Zoey Rahman- Rayyan
  • Fadzil Zahari- Rahman

pelakonBsuamikuBmrBblind - Suamiku Mr Blind ( Adaptasi Novel)

pelakonBsuamikuBmrBblind 1 - Suamiku Mr Blind ( Adaptasi Novel)
pelakonBsuamikuBmrBblind 2 - Suamiku Mr Blind ( Adaptasi Novel)


follow admya di facebook

Carian Berkaitan

biodata janisa jalil
Loading...

Tags: #Adaptasi #Blind #Novel #SUAMIKU

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Leave a reply "Suamiku Mr Blind ( Adaptasi Novel)"