
Saya terbaca apa yg ditulis Chef Wan dlm Instagram beliau di mana bila mana beliau ingin membeli sesuatu, beliau akan teringatkan komitmen terhadap famili beliau. Sebetulnya ada persamaan dgn saya.
Setiap kali saya ingin membeli sesuatu, saya akan memikirkan duit itu lebih baik digunakan utk famili atau memikirkan jumlah yg cukup besar bagi mereka yg susah. Akhirnya saya tak jadi membeli walaupun dah dipegang.
Ada juga ketika saya membeli, bila disokong oleh anak anak dan barangan yg dibeli seperti handbag atau barang kemas juga blh diguna oleh anak anak. Atau faktor harga yg semakin meningkat dr thn ke thn menyebabkan anak anak tidak mampu membelinya, jika saya tidak membelinya sekarang. Pendek kata saya umpama lilin yg sentiasa mengutamakan orang lain.
Jika terasa ingin memakai tudung bawal dgn batu kristal swaroski, saya akan cari yg paling murah. Kena berjimat, duit yg ada dr titik peluh bekerja bukan dr hasil projek kerajaan dsb. Ok sekarang kita masuk bab masakan lah pula..


Jom layan saya menyediakan steak hari ini. Memang sangat sedap. Dagingnya mencair di dlm mulut gitu. Menyediakannya juga tidak memakan masa yg lama. Sekadar 3 sehingga 4 minit di setiap permukaan.
Yang penting, sangat menjimatkan kerana jika dimakan di kedai pasti lah bersedia utk membayar mungkin RM200 atau lebih. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…

Steak Ribloin Wagyu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:

Tabur garam dan serbuk lada hitam di kedua dua belah permukaan daging.

Panaskan cast-iron skillet. Tuang minyak dan sendeng kuali bagi minyak rata. Setelah minyak benar benar panas dan berasap, masukkan daging steak ke dlm kuali.
Masak selama 3 minit di setiap permukaan atau sehingga keperangan.


Sendeng kuali ke arah badan utk menakungkan minyak mentega. Masak lagi selama 1 1/2 minit dan siram minyak mentega atas steak.

Tags: #Ribloin #Sedap #Steak #Terlajak #Wagyu