Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti.

Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti

1. Menurut laporan empat orang ahli akademik yg menjalankan kajian berhubung ratifikasi Statut Rome, YDP Agong blh disiasat sekiranya Malaysia meletakkan homoseksualiti sbg suatu jenayah.
 

lgbt 1 - Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti.


2. Kertas kerja yg dikatakan berstatus sulit itu bagaimanapun telah terbocor dan ia mendedahkan dua perkara utama yg blh menggugat kedudukan Agong sekiranya Statut Rome diratifikasi. Antaranya ialah Agong blh disiasat sekiranya Malaysia menganggap homoseksual sbg satu jenayah. Ini adalah berdasarkan artikel 7 drpada Statut tersebut.

Artikel 7 drpada Statut Rome menyatakan bahawa sebarang penindasan terhadap kumpulan politik, bangsa, etnik, budaya, agama dan jantina blh dianggap sbg jenayah yg menggugat kemanusiaan.

Sumber : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/07/agong-can-be-prosecuted-for-criminalising-homosexuality-academics-claim-in/1740786

3. Kita blh bayangkan bagaimana bersungguhnya sebahagian pihak yg inginkan Statut Rom ini diperjuangkan atas alasan kemanusiaan. Dlm isu ini DAP dilihat lantang mempertahankan Statut Rome. Antaranya:

3.1 Lim Kit Siang menegaskan bahawa, keputusan menarik diri dr Statut Rome bukan kehendak kerajaan:

https://www.sinarharian.com.my/article/22065/BERITA/Nasional/Tolak-Statut-Rom-bukan-kehendak-kerajaan-kata-Kit-Siang

3.2 Manakala MP DAP Kashturi menyifatkan mereka yg menolak Statut Rome sbg “Bodoh, Bangang dan Selfish”. Beliau bagaimanapun telah memadam ciapan twitter tersebut.

https://ttkm.com.my/2019/04/06/tarik-diri-statut-rombodoh-bangang-dan-pentingkan-diri-sendiri-kata-kasthuri-mp-dap/amp/

3.3 Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo dr DAP pula menegaskan akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yg menghasilkan kertas kerja yg menjelaskan ancaman Statut Rome terhadap institusi Raja.

https://www.sinarharian.com.my/article/22432/BERITA/Nasional/Statut-Rom-Kedudukan-empat-ahli-akademik-akan-dibincangkan

4. Di sini kita dpt lihat betapa ahli-ahli Parlimen dr DAP bermati-matian mempertahankan Statut Rome yg dilihat blh memberikan pendakwaan kepada YDP Agong, malah blh menyebabkan perkara homoseksualiti diiktiraf sekalipun ia bercanggah dgn Islam.

5. Sekalipun benar kita ingin mempertahankan hak-hak kemanusiaan, jangan pula kita terperangkap dgn kerangka pemikiran liberal barat yg beriya memperjuangkan kemanusiaan sehingga gagal membezakan hak manusia dan nafsu binatang.

6. Sbg umat Islam, kita seharusnya kembali kepada panduan yg ditentukan oleh al-Quran. Segala yg bertentangan dgn Allah dan Rasul, maka ia harus ditentang. Ahli akademik yg memberikan penerangan pula seharusnya dihargai, bukan di ancam kedudukan mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.


Loading...

Tags: #Agong #Homoseksualiti. #Rome #Statut

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.