Spagetti terlajak sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Resepi spaghetti yg sedap ini asalnya dr IG doktor cantik yg terer masak, kak @drinahar. Terima kasih kak, saya panjangkan resepinya di sini.

spagetiB1 - Spagetti terlajak sedap


RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE
Sumber : @drinahar
Dicuba oleh : Surianti Ramli
.
Bahan-bahan
.
1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 tin sos prego + 1/2 botol sos tomato kimball
1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
2-3 sudubesar cili giling
1/2 mangkuk kecil mix vege (*saya tak letak)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
oregano, dried parsley secukupnye
serbuk ladahitam secukupnye
garam, gula ikut rasa
minyak utk menumis-guna butter pn blh!
.
Cara-cara
.
Untuk spaghetti, rebus dlm periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu. masukkan cili giling,tumis lagi sehingga garing.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng sehingga warna daging keperangan.Masukkan tomato, mix vege dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.Masukkan sos tomato , air dan susu. Kacau sehingga sekata.Masukkan oregano/parsley dan stok daging lembu (optional) serta lada hitam.Tambah garam, gula secukupnya.Biar sehingga mendidih kemudian masak dgn api yg perlahan sehingga kuah menjadi pekat.Siap utk dihidangkan. Blh taburkan serbuk parmesan cheese masa menghidang.


spagetiB2 - Spagetti terlajak sedap

Loading...

Tags: #Sedap #Spagetti #Terlajak

author
Author: 
    Nasi Goreng, Indonesian Fried Rice Recipe
    Nasi Goreng is just an exotic name for Fried Rice…so we hear! But
    Resepi Sagu Gula Melaka
    Atas permintaan ramai yg suruh akak buat semula sagu gula melaka.. ni khas
    CARA MENGOLAH GURITA RAKSASA YG LEZAT
    MENYIANGI GURITA YG BENAR Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Mee Goreng Melayu daripada Chef Haji Ismail
    Asyik pening kepala fikir nak masak apa untuk BERBUKA PUASA? Chef Haji Ismail

    Leave a reply "Spagetti terlajak sedap"