Sotong Masak Kari Style Mamak, Sedap Teruk!

sotong cover 1 - Sotong Masak Kari Style Mamak, Sedap Teruk!

Sotong di kedai mamak memang selalu membuka selera. Kalau mkn tu blh teringat-ingat. Nak cuba mcm mana masak kari sotong style mamak? Jom RASA kongsikan resipinya.

SOTONG MASAK KARI MAMAK

sotong fb - Sotong Masak Kari Style Mamak, Sedap Teruk!

Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba

Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dgn sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dr sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dlm 4 minit. Tutup api.

Resipi oleh Reen dr Telegram KakiMakan

Komen anda


Loading...

Tags: #Kari #MAMAK #Masak #Sedap #sotong #Style #Teruk

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Sotong Masak Kari Style Mamak, Sedap Teruk!"