SOTONG GORENG NESTUM

ASOTONG 1 - SOTONG GORENG NESTUM

Assalam buat semua..
Gambar kali ini agak blur..My Nikon nak habis bateri tapi still captured this..
Dah byk kali buat tapi nak up juga resepi..kira siaran ulangan la ni
Ia amat sedap utk selera saya kerana selain dr rangup,aroma nestum ni sangat wangi .
Kali ini buat ringkas sahaja,tidak guna daun kari dan cili padi.
Untuk sahur tak nak mkn pedas-pedas.
Boleh mkn begitu saja ataupun dgn nasi.
Let’s try buat.

SOTONG GORENG NESTUM

Bahan-bahan
1/2 kg.sotong-celur sekejap dan toskan.

3 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 cawan nestum
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula perang
tepung bestari pedas
serbuk cukup rasa

Cara membuatnya

  • Campurkan tepung bestari dgn sedikit air utk menyalut sotong.
  • Biarkan selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga garing.Toskan.
  • Cairkan mentega dan tumis bawang putih sehingga wangi
  • Masukkan nestum dan goreng hinga garing
  • Masukkan sotong,serbuk cukup rasa dan gula perang.Gaul rata.
  • Angkat dan toskan.

Loading...

Tags: #GORENG #Nestum #sotong

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.