> soto ayam

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

semalam masak soto ayam. cadang nak update lepas mkn tengahari. tapi hubby nak pergi memancing. apa lagi anak-anak confirm la nak ikut. jadinya, aku pun kena la ikut juga. hajat hati lepas mkn nak le tidur barang 1-2 jam. sure nikmat tidur bila perut kenyangkan. buruk betul perangai. hehe.

masak soto ni bukan susah mana pun. kuah buat je sup ayam. tapi nak sediakan rencah-rencah sampingan tu yg membuatkannya lama berada di dapur. tapi rencah-rencah tu la yg buatkan soto tu jadi sedap. tambah kalau letak begedil banyak-banyak. rasa nak tambah 2-3 pinggan. hehe.

ni stail soto ayam versi mak aku. ada telur dadar. macam pelik bunyinya kan. biasa soto ayam mana ada telur dadar ni. yg lain rasanya sama kot.

DSC01824

nasi impit, telur dadar, soo hon goreng, sambal kicap, begedil, kacang goreng, bawang goreng (tapi terhangit sikit) dan daun sup + daun bawang.

DSC01829

masukkan semua bahan diatas ke dlm mangkuk dan lastly masuk sup ayam.

DSC01881

 

Resepi Soto Ayam

bahan-bahan utk sup ayam

  • ayam
  • rempah sup/ rempah soto
  • sup bunjut adabi
  • kiub pati ayam
  • air secukupnya
  • kulit kayu manis, bunga lawang
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • ubi kentang
  • garam
  • asam keping

cara-cara:

  1. kisar bawang merah, bawang putih, dan halia.
  2. masukkan ayam, bahan kisar, rempah sup, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dlm periuk. reneh sebentar.
  3. masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut.
  4. masukkan air dan asam keping secukupnya.
  5. masukkan kentang yg telah dipotong 4.
  6. perasakan dgn garam.

 

bahan-bahan utk begedil

  • ubi kentang
  • bawang merah
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • daun bawang
  • telur

cara-cara:

  1. goreng ubi kentang.
  2. lenyekkan ubi kentang yg telah digoreng.
  3. masukkan lada hitam, bawang yg digoreng terlebih dahulu, daun bawang dan garam.
  4. gaul sebati bahan-bahan tersebut.
  5. bulat-bulatkan adunan.
  6. rendam sebentar adunan yg telah dibulatkan ke dlm telur yg sudah di pukul.
  7. goreng dgn minyak yg panas.

 

bahan-bahan utk telur dadar

  • tepung gandum
  • telur
  • air
  • garam

cara-cara:

  1. masukkan tepung dan air ke dlm mangkuk. kacau sebati.
  2. masukkan pula telur. kacau lagi.
  3. masukkan garam.
  4. goreng nipis seperti membuat kulit kuih ketayap.
  5. gulung dan potong nipis nipis.

 

bahan-bahan utk sambal kicap:

  • cili padi
  • bawang putih
  • kicap manis
  • gula
  • limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya

  1. Kisar cili padi, bawang putih bersama kicap.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi.
  3. Gaul sebati.

 

bahan-bahan lain:

  • nasi impit – rebus nasi impit segera sehingga masak.
  • kacang tanah – di goreng
  • soo hon – di goreng
  • bawang goreng
  • daun bawang dan daun sup

 

Cara-cara Penyediaan

  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan.
  2. kemudian letakkan soo hon, telur dadar, kacang tanahdan begedil.
  3. tuang kan kuah sup ayam berserta isi ayam dan kentang ke dlm mangkuk.
  4. tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  5. letakkan sambal kicap dan siap sedia utk dimakan.
Loading...

Tags: #Ayam #Soto

author
Author: 
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan
    Resepi Siakap Tiga Rasa ala Thai
    Resepi Penuh : https://buatoranglapo.com/2017/02/03/ikan-siakap-3-rasa-ala-thai/ #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas

    Leave a reply "> soto ayam"