SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!

Loading...

3Y2A7444 1 - SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!

Soto ayam ni memang kesukaan ita. Tau tak hari-hari ita sarapan mkn soto ayam pun blh.. Biasa mkn kat kedai Pak Abu kat Taman Daya ni.. tapi bulan puasa Pak Abu tak meniaga.. kenalah masak sendiri.

Bulan puasa ita suka masak cara yg mudah dan ringkas je.. cari resepi bahan yg simple je.. sebab bulan puasa malas nak dok lama-lama kat dapur.. ^-^

Walaupun kadang ada yg kata .. kak nape tak letak ni.. napa tak letak tu.. dik akak yg nak mkn dik.. ikut lah nak letak apa pun.. kalau adik yg nak mkn nanti adik boh lah semua yg adik nak letak tu ya.. yg ni akak yg nak mkn.. hihi

Resepi ita simple je.. bahan yg mudah dapat. Yg ni kak ita tak letak santan.. biasa letak sikit.. kali ni nak kurangkan kolestrol dlm badan yg dah makin tepu ni..

Ok jom kita masuk dapur kita masak..

3Y2A7466 - SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!

SOTO AYAM MUDAH DAN RINGKAS

Bahan Kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
2 batang serai 
1 inc lengkuas 

Bahan-bahan ini semuanya di kisar halus. Utk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali blh nak titik aje pun blh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yg putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna 2 batang sahaja pun cukup.

Bahan Tumis

Kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
biji pelaga

Rempah soto 1 peket kecil
Sup bunjut 1 bunjut

Bahan lain

1 ekor ayam ~ potong 4 
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 kiub ayam 
2 sudu besar santan ~ yg ni nak letak blh tak letak pun tak pe

Mula-mula kita panaskan minyak
Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga, tumis sehingga harum
Kemudian masukkan bahan yg di kisar halus
Masukkan rempah soto


Masak sehingga garing dan terbit minyak ( rempah soto kena masak lama ya.. )
Kemudian masukkan air secukupnya
Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam
Biarkan kuah merenih
Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa
Angkat ayam dan toskan
Ayam kemudian di goreng
lepas tu siat-siat halus
Baki kuah tambahkan air
Biarkan didih
Akhir sekali masukkan sedikit santan jika suka
Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.

Keluarkan ayam dan toskan
Larikan sedikit ayam utk di buat begedil ayam nanti 
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan
Kemudian blh lah di siat halus. 

3Y2A7480 - SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!



Dah pun siap kuah soto kita, Sekarang kita sediakan pula begedil ayam

3Y2A7506 - SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!


BEGEDIL DAGING MUDAH DAN RINGKAS

4 biji kentang
200 gm daging cincang

kentang kupas kulit dan potong bulat nipis
Kemudian goreng sampai masak
Angkat toskan minyak dan tumbuk lumat
Daging pun goreng sekejap
Angkat dan tumbuk lumat

1 pokok daun sup – cincang halus
1 pokok daun bawang – cincang halus
bawang merah – cincang halus
bawang goreng
dua biji kuning telur – putih telur utk celup sebelum begedil di goreng
1 sudu besar perencah sup
2 biji putih telur

satukan semua bahan dlm bekas kecuali putih telur
Perasakan dgn garam
Bulat-bulatkan
Celupkan dlm putih telur
Dan goreng dlm minyak panas sehingga masak
Sedia di hidangkan

3Y2A7490 - SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!

Begedil dah siap sekarang nak sediakan pula sambal kicap

3Y2A7519 - SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!

SAMBAL KICAP

15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
secubit garam
2 biji limau kasturi

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi sehingga layur
Masukkan dlm blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus
Tuangkan dlm bekas dan perahkan jus limau kasturi

3Y2A7527 - SOTO AYAM, MUDAH, RINGKAS ,SEDAP!



Dah pun siap
Soto ni di mkn bersama
~ nasi himpit
~ taugeh
~ Ayam di siat-siat halus
~ daun sup dan daun bawang di hiris
~ kacang goreng
~ bawang goreng
~ begedil
~ sambal kicap





Loading...

Tags: #Ayam #Mudah #Ringkas #Sedap #Soto

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.