Solok Peria

aIMG 4305 1 - Solok Peria

Solok Peria
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan:
2 biji buah peria sedang (hijau atau putih)
1 cawan kelapa parut muda
1 cawan santan pekat
2 ekor ikan sardin, ambil isinya
3 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil lada hitam
2 hiris halia
1 biji telur ayam kecil, kocok ringan
Gula dan garam

Cara-cara :

  1. Peria di potong bulat 1/2 in tebal, buang bijinya.
  2. Rendam potongan peria dlm air garam selama 15 minit utk kurangkan rasa pahitnya.
  3. Tumbuk bawang, lada hitam, halia bersama gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan isi ikan, tumbuk rata, kemudian kelapa parut.
  5. Tumbuk dan gaulkan bersama sedikit bancuhan telur (guna 1/2 bancuhan telur).
  6. Sumbat dlm potongan peria.
  7. Susun dlm kuali, tuang santan separuh dr paras peria.
  8. Tabur secubit garam dan gula di atasnya.
  9. Tutup kuali dan masak dgn api perlahan sehingga santan hampir kering.
aIMG 4269 - Solok Peria

Solok Peria
Loading...

Tags: #Peria #Solok

author
Author: 
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Comments are closed.