Solatullah wasalamuhu `ala Rasulillah (45)

Loading...

Sambungan drpada : Solatullah wasalamuhu `ala Rasulillah (44) di bawah tajuk besar: DAKWAH TAHAP KEDUA: SERUAN SECARA TERBUKA
Menyeru Saudara
Tindakan pertama yg dilakukan oleh Rasulullah saw setelah turunnya ayat tersebut (as-Syu’ara’: 214) ialah memanggil Bani Hasyim. Mereka pun datang berkumpul memenuhi panggilan itu tetapi Bani Mutalib bin Abd Manaf juga turut datang sehingga jumlah mereka yg hadir adalah kira-kira 45 orang.
Sebelum Nabi Muhammad bercakap, Abu Lahab telah mendahului, “Mereka (kalangan Bani Mutalib) adalah bapa-bapa saudaramu dan juga sepupu-sepupumu, Maka, bercakaplah apa yg kamu mahu dan jangan bersikap seperti kanak-kanak. Ketahuilah bahawa kaummu (Bani Hasyim) tidak mempunyai kekuatan di hadapan bangsa Arab. Aku orang yg paling berkewajipan utk menegurmu dan yg akan ada di belakangmu (membelamu) nanti hanyalah Bani ayahmu (Bani Hasyim).
Jika kamu tetap pd apa yg telah kamu lakukan, (mengembangkan Islam dgn sembunyi-sembunyi) maka itu lebih mudah bg mereka utk membelamu dibandingkan ketika kamu dimusuhi oleh seluruh suku Quraisy dan ditambah lagi seluruh bangsa Arab (kerana mengembangkan Islam secara terang-terangan). Sebabnya, aku belum pernah menemui seorang pun yg datang kepada keluarga keturunan ayahnya dgn membawa sesuatu yg lebih buruk drpada apa yg kamu bawa ini.” Rasulullah saw hanya diam, tidak bercakap sepatah kata pun pd waktu itu.

Di kesempatan berikutnya, Rasulullah saw mengundang mereka berkumpul utk kali keduanya. Kali ini Rasulullah saw bercakap kepada mereka, “Segala puji bg Allah. Aku memuji dan memohon pertolongan-Nya. Aku beriman dan bertawakal kepada-Nya. Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu bg-Nya.”
Kemudian bgnda meneruskan, “Seorang penunjuk jalan tidak akan membohongi keluarganya. Demi Allah yg tidak ada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu secara khusus dan kepada manusia secara umum. Demi Allah kamu pasti akan mati sbgmana kamu tidur. Kamu pasti akan dibangkitkan seperti kamu bangun tidur. Kamu pasti dihisab atas apa yg kamu lakukan. Kesudahannya adalah syurga selamanya atau neraka selamanya.”

Abu Talib membala, “Kami gembira utk menolongmu. Kami menerima nasihatmu dan kami sangat percaya kata-katamu. Inilah keluarga keturunan ayahmu telah berkumpul. Aku salah seorang antara mereka. Hanya akulah orang yg paling cepat melakukan apa yg kamu suka. Maka teruskanlah apa yg diperintahkan kepadamu. Demi Allah, aku akan sentiasa menjaga dan melindungimu. Namun begitu, jiwaku tetap tidak mengizinkanku utk meninggalkan agama Abdul Mutalib.”
Abu Jahal berkata, “Demi Allah, ini benar-benar buruk. Ambillah tindakan terhadapnya sebelum orang lain melakukannya.”
Abu Talib membalas, ” Demi Allah, selama kami masih hidup, kami akan tetap melindunginya.”(1)

Rujukan: 

(1) Muhammad al-Ghazali, Fiqh al-Sirah, hal. 77-78
(Petikan drpada: Ar-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri, terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd) 
Bersambung..
Loading...

Tags: #`ala #Rasulillah #Solatullah #wasalamuhu

author
Author: 
    “Raatchasi” Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India
    Di media sosial Facebook, tular beberapa potongan klip drpada filem Tamil ‘Raatchasi’ yg
    SPI KPM Bil.3/2019: SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Bawa Murid Utk Urusan Rasmi
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikthisas berkenaan Prosedur Operasi Standard
    Jadi Mualaf, Deddy Corbuzier Tolak Tawaran Umroh dan Haji VIP Gratis! Ini Alasannya!
    slidegossip.com – Keputusan Deddy Corbuzier pindah agama Islam dan menjadi mualaf rupanya menarik
    KPM siasat Jalur Gemilang terbalik diedar ke sekolah
    Gambar via Facebook PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan akan menyiasat isu Jalur Gemilang terbalik

    Leave a reply "Solatullah wasalamuhu `ala Rasulillah (45)"