Solat Orang Munafik

SOLAT ORANG MUNAFIQ

Solat 22 1 - Solat Orang Munafik

Bukan semua solat yg dikerjakan oleh orang kebanyakkan itu menghindarkan dirinya dr perbuatan mungkar. Kerana dikalangan orang yg solat juga terdapat orang munafiq. Iaitu orang yg berpura-pura dgn solatnya. Justeru itu tidak menghairankan bapa kepada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang baginda Rasulullah SAW.

Gambaran yg lebih jelas telah dinyatakan oleh Allah di dlm al-Quran. Bagaimana kita mampu mengenali ciri-ciri solat orang yg munafik. Di dlm surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah menyatakan bahawa :

“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri utk solat, mereka berdiri dgn malas. Mereka bermaksud riya’ ( dgn solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”

TANDA SOLAT MUNAFIQ IALAH SOLAT DENGAN MALAS

Sebab itu diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih dr Ibn Abbas bahawa dimakruhkan kita melaksanakan solat dlm keadaan malas. Namun hendaklah dikerjakan dlm keadaan wajah ceria, kemahuan yg tinggi dan begitu gembira. Ini kerana ia sedang bermunajat kepada Allah. Sesunggguhnya Allah di hadapannya, mengampuninya dan memperkenankannya jika ia memohon.

Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan tanda-tanda orang munafiq dlm melakukan ibadah solat.

 Antaranya ialah jika mereka melakukan solat, mereka akan melakukan dgn malas. Ini kerana di dlm hati mereka tidak mempunyai niat yg betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut dan tidak memahami maknanya.

Sebab itulah pd zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq kerap kali kelihatan hanya pd waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun keupayaan mereka tidak memungkinkan mereka utk bangun dan berjemaah solat Subuh dan Isyak. Ini kerana apabila solat dilakukan bukan dgn kemahuan hati yg ikhlas, maka bila datangnya waktu yg malas, mereka meninggalkannya.


Loading...

Tags: #Munafik #Orang #Solat

author
Author: 
    COVID-19: CUEPACS mohon penangguhan bayaran LPPSA
    KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan Penjawat Awam yg
    4 Gaya Bercinta Favorit Artis Cantik Indonesia, No 3 Pakai Mainan, No 4 Suka Jumpalitan!
    slidegossip.com – Setiap orang dewasa yg telah menikah, sudah selayaknya memiliki hasrat bercinta,
    Sering Pamer Kekayaan, Giliran Didatangi Orang Pinjam Uang, Nikita Mirzani Malah Ngamuk!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani dikenal sbg salah satu artis yg sering pamer harta
    Aktor Ini Meninggal Mendadak di Usia 16 Thn! Keluarga Kecewa Tak Blh Peluk Jenazah!
    slidegossip.com – Kabar duka kembali datang dr dunia hiburan. Aktor tampan Logan Williams

    Leave a reply "Solat Orang Munafik"