Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

Loading...

x 96 - Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah salah satu drpada amalan solat-solat sunat yg digalakkan utk dilakukan. Ianya dipanggil solat dhuha kerana waktu utk melakukan solat ini dikhususkan utk dikerjakan pd waktu dhuha sahaja.

Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah ﷺ bersabda:

“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah utk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sbg ganti drpada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”- Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Waktu Solat Dhuha
Pengiraan waktu dhuha mengikut kaedah astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah 1/3 perbezaan di antara waktu Syuruk dan waktu Subuh. Secara amnya, waktu dhuha akan bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan berakhir sejurus selepas masuknya waktu Zohor. Namun begitu, para ulama’ mengatakan bahawa waktu yg terbaik utk mengerjakan solat dhuha adalah di dlm lingkungan jam 9:30 pagi.

Cara Solat Sunat Dhuha
Jumlah Rakaat
Solat sunat dhuha perlu dilakukan sebanyak 2 rakaat utk setiap kali solat, dan ianya blh dilakukan sehingga 6 kali solat (jumlah 12 rakaat) setiap hari.

Niat Solat Dhuha
Niat solat dhuha adalah seperti berikut:

x 10 - Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

(Rumi: Usolli sunnataddhuha rok’ataini lillahi ta’ala)

Maksud: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Bacaan Surah Di Dlm Solat
Tiada penetapan khas utk pembacaan surah bg solat ini. Namun begitu, pembacaan surah-surah tersebut amatlah digalakkan:

Rakaat Pertama | Surah As-Shams

xx 1 - Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

Rakaat Kedua | Surah Dhuha

xxx - Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

Bacaan Surah utk Solat Dhuha Melebihi 2 Rakaat
Sekiranya anda ingin melakukan lebih drpada 2 rakaat, adalah disarankan utk membaca Surah As-Shams & Surah Dhuha utk 2 rakaat pertama, diikuti dgn Surah Al-Kafirun & Surah Al-Ikhlas utk rakaat-rakaat seterusnya.

Bacaan Lain Di Dlm Solat & Bacaan Ketika Sujud
Bacaan-bacaan lain di dlm solat adalah sama seperti solat biasa. Namun begitu, sewaktu anda melakukan sujud terakhir, setelah selesai membacakan tasbih sujud biasa, sebelum duduk utk tahiyat akhir, bacalah doa ini sebanyak 40 kali:

xxxx 1 - Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

(Rumi: Wahabli ya wahhab, ilman wahikmatan warzuqni ya rozzaq, kulli musahhala)

Maksudnya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yg maha memberi akan ilmu dan hikmah dan murahanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yg maha pemberi rezeki. Jadikanlah ia mudah bgku.

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
Berikut adalah bacaan doa selepas solat dhuha:

xxxxx 1 - Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha

Rumi: Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka, walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka, walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka. Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu, wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu, wa’in kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu, bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin.

Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dlm bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yg telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yg soleh.

Dengar Bacaan Doa Solat Sunat Dhuha

Loading...

Tags: #Dhuha #Solat #Sunat

author
Author: 
    Pengambilan Guru Interim SK & SJKC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Thn 2020
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yg berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam utk
    Singgung Soal Pamer, Maia Estianty dan Sandra Dewi Tertawa Lps! Sindir Syahrini?
    slidegossip.com – Maia Estianty dikenal sbg artis yg sering melontarkan kata-kata bijak. Baru-baru
    Jokowi Kunjungi Lokasi Kebakaran Hutan di Riau, Ernest Prakasa: Awww Basi Banget!
    slidegossip.com – Presiden Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menyempatkan diri utk mengunjungi lokasi kebakaran
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli

    Leave a reply "Solat Dhuha dan Doa Solat Sunat Dhuha"