
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA) menyokong penuh cadangan lantikan guru interim bg menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah.
Katanya, lantikan guru interim blh menjadi jalan tengah bg mengatasi masalah kos yg tinggi bg melantik guru baharu.
“Cara ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri di Sabah dan Sarawak. Mereka lantik guru interim gred DC41 dan dlm tempoh beberapa thn diserap ke gred DG41 apabila sudah cukup kelayakan.
“Masalah kekurangan guru ini memang diketahui umum jadi mahu tak mahu, kerajaan perlu selesaikan. Ia juga dpt membantu mengurangkan jumlah graduan pendidikan yg masih belum ditempatkan dan ada antara mereka menunggu sehingga lima thn,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan terdapat kira-kira 6,500 graduan pendidikan yg masih belum ditempatkan sbg guru.
Namun, menurut Dzul-Harith, Kementerian Pendidikan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah melaksanakan temu duga terbaharu dan sehingga akhir thn ini kira-kira 2,000 graduan telah ditempatkan.
“Tetapi kita kena ingat, thn ini juga ada graduan baharu yg tamatkan pengajian. Maknanya jumlah graduan pendidikan yg belum ditempatkan ini masih ramai walaupun sudah ada pengambilan guru baharu,” katanya.
Tambahnya lagi, kebanyakan graduan yg mendapat penempatan hanya dlm subjek-subjek tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
“Ada subjek yg sangat kritikal kerana sangat sedikit graduan yg ditempatkan. Contohnya, subjek Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pengajian Malaysia,” katanya.
Sumber: Utusan
Tags: #GGPUA #Guru #interim #lantikan #Penuh #Sokong