Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje.

Untitled design 32 3 1 - Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje.

Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat utk  sarapan. Ni min kongsi mknan yg disebut mknan ‘street food’ atau mknan gerai,  snek sedap dr Eropah dan Amerika Syarikat. 

Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan mknan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.

1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE

Untitled design 29 10 - Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan nasi putih
  • 10 gm bawang merah kecil | dicincang
  • 10 gm daun bawang | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dicincang
  • 15 gm kismis
  • 2 cawan serbuk roti
  • 4 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 cawan minyak masak
  • 20 gm bawang Holland | dipotong dadu bersaiz kecil
  • 10 gm seleri | dipotong dadu bersaiz kecil
  • 10 gm lobak merah | dipotong dadu bersaiz kecil
  • 3 sudu mkn tomato puri
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu besar thyme kering
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Utk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dlm periuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dgn air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih.
3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair.
4. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa.
5. Utk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dgn garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati.
6. Kepalkan dgn membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yg telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum.
7. Celupkan nasi tadi bermula dgn tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dlm peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit.
8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yg bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak.
9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.

Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Sajian Itali
Cara memasak : Goreng
Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan

Info Chef : Sajian yg berasal dr negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yg masih elok utk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula utk mengelakkan pembaziran mknan

2. FUNNEL CAKE FRIES 

Untitled design 24 14 - Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung serba guna
  • 1sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh garam
  • 2 biji telur
  • 4 cawan gula putih
  • ½ cawan susu
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 cawan minyak masak
  • Serbuk kayu manis secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dlm satu mangkuk.
2.  Dlm bekas yg lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dgn mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yg dipukul dgn mangkuk yg mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dlm beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yg besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dlm minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dgn cinimon gula.
9. Siap utk dihidangkan.

Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 sehingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dgn coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri

Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dgn adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

3. PRETZELS

Untitled design 23 13 - Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan susu segar
  • 1 1/2 sudu mkn yis
  • 6 sudu mkn gula perang
  • 4 sudu mkn mentega | lembutkan pd suhu bilik
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 1/3 cawan baking soda
  • 3 cawan air suam
  • 8 sudu mkn mentega | dicairkan
  • Garam kasar secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Suamkan susu dlm ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar blh sentuh dgn jari)
2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan mentega dan gula.
4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
5. Uli dgn mixer dgn cangkuk dohk, atau dgn tangan lebih kurang 10 minit.
6. Masukkan doh ke dlm mangkuk yg bergris dgn minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yg terperangkap keluar.
8. Panaskan oven dlm suhu 230 darjah celciusC.
9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang.
10. Satukan baking soda dan air suam ke dlm bekas.
11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dlm bekas air baking soda. Letakkan ke dlm dulang beralas parchment paper.
12. Renjis dgn garam kasar.
13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
14. Celup ke dlm mentega cair semasa masih panas.

Saiz hidangan: 12 biji
Waktu memasak:25 sehingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Berasal dr Itali , popular di German
Keistimewaan:Sedap dihidangkan dgn sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.

Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain

4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)

Untitled design 31 6 - Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje.

BAHAN BAHAN

  • 5 keping kulit popia | dipotong 12
  • 200gm udang
  • 50gm tepung
  • 20gm mentega
  • 20gm bawang merah
  • 200gm ‘heavy cream’
  • 10gm lada hitam
  • 10gm cendawan butang | dimayang
  • 20 gm keju
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dlm kuali.
2. Masukkan bawang yg dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Pdmkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dlm acuan muffin
3. Panaskan oven dgn suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yg sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dlm oven.
6. Sajian siap dihidang

5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

Untitled design 25 11 - Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje.

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
  • 400 gram daging cencang
  • 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
  • 5 helai daun oregano (dicencang halus)
  • ½ kg serbuk roti
  • 2 biji telur
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh paprika
  • Serbuk perasa
  • Keju krim (untuk sos)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

CARA MEMASAK :
1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
3. Kemudian, masukkan daging yg telah siap digaul tadi ke dlm bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
4. Bulat-bulatkan dan gaul di dlm tepung gandum.
5. Sesudah itu, celupkan ke dlm telur dan serbuk roti.
6. Akhir sekali, goreng sehingga berwarna keemasan.
7. Blh dihidangkan bersama keju krim.

Komen anda

Loading...

Tags: #‘Favourite’ #aje. #Buat #Cara #Dapur #dibuat #Eropah #Homemade #sendiri #Snek

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Snek ‘favourite’ A.S dan Eropah , Blh Dibuat Cara ‘Homemade’. Blh buat kat dapur sendiri aje."