SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE

Loading...

DSC 0454 1 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE

Kek ni Kak Nina buat saja-saja je. sebab tengok stok kek dlm peti ais dah tak ada. Anak kak nina pulak asyik merungut tak suka mkn kek buah bakar.. sampai sekarang kek buah tu masih ada dlm peti ais. Anak-anak kak nina tak suka. nak kek yg bekrim-krim je.

Stok creamcheese pula tak ada. Tapi slice cheddar cheese beli utk iman banyak pulak. Ada sepeket lebih lagi dlm peti ais. tu yg tetiba terfikir nak buat slice cheesecake ni..

1 adunan tu Kak Nina buat 2 loyang. guna loyang 5″. Sebab nak buat 2 jenis kek. 1 tu nak letak blueberry filling. 1 nak buat yg biasa je.

DSC 0464 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE

 Buat kek ni kan.. memang tak pernah bertahan lama. paling lama bertahan 2 hari je. Bukan tak tahan sebab rosak ke hape.. Tapi tak tahan lama sebab dah habis..

Tekstur kek lembut macam kapas.. nak-nak pulak mkn sejuk-sejuk.. Sedap… cuma bila di bandingkan dgn cotton cheesecake yg bahan utamanya menggunakan creamcheese. kek ni kurang sedikit rasa cheesenya. kalau nak rasa cheese lebihkan je kuantiti slice cheddar tu..

oh ya.. tak semestinya nak guna jenama cheddar.. slice cheese dr jenama lain pun blh guna guna jugak. tapi yg plain flavour la ye.. jangan ko pakai yg ada lada hitam pulak..

DSC 0487 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE

DSC 0474 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
DSC 0394 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE

RESEPI SLICE CHEDDAR CHEESECAKE

Bahan-bahan:
6 keping slice cheddar cheese
100g butter
250ml susu uht
100g gula kaster
6 biji telur (asingkan putih dan kuning)
50g tepung jagung
50g tepung gandum
1 camt serbuk tartar (optional)
1/2 biji lemon (di perah jusnya)

Cara membuatnya:

DSC 0402 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE

Satukan susu, butter dan slice cheese. cairkan menggunakan kaedah double boiler.

DSC 0404 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dlm adunan cheese tadi. kacau sebati.

DSC 0405 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Kemudian masukkan kuning telur. kacau rata..
DSC 0410 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
perahkan sedikit jus lemon. kacau rata dan ketepikan adunan.
DSC 0407 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Satukan putih telur dan sedikit serbuk tartar.

DSC 0408 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Putar menggunakan kelajuan tinggi sehingga berbuih.

DSC 0409 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Masukkan perlahan lahan gula sambil adunan putih telur terus di putar menggunakan kelajuan tinggi.

DSC 0412 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE

putar sehingga meringue menjadi medium peak. Adunan masih lembut berkilat tetapi bila di angkat adunan tidak jatuh.

DSC 0413 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Ambil sedikit adunan meringue dan masukkan kedalam adunan kuning telur tadi. kacau rata.

DSC 0414 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Kemudian masukkan adunan kuning telur tadi ke dlm adunan meringue. 

DSC 0415 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Kaup balik menggunakan spatula atau whisk.

DSC 0416 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Adunan slice cheedar cheese yg telah siap.

DSC 0417 - SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE
Masukkan kedalam loyang. bakar menggunakan tekning Bain Marie. menggunakan suhu 170’c lebihkurang 50 minit atau sehingga masak. Bila dah masak rehatkan sebentar sebelum keluarkan dr acuan. kek akan mengecut sedikit apabila sejuk.

Loading...

Tags: #CHEDDAR #CHEESECAKE #COTTON #SLICE

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "SLICE CHEDDAR COTTON CHEESECAKE"