Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam

966D990F 5466 4C5D 9AAD A624420E9180 - Skim baharu pencen tidak bebankan kerajaan, tidak rugikan penjawat awam

KUALA LUMPUR: Mekanisme baharu skim pencen akan mengelak bebanan kepada kewangan kerajaan tetapi pd masa sama tidak merugikan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi jaminan skim baharu itu tidak akan membabitkan kakitangan sedia ada yg akan terus menerima faedah pencen seperti biasa jika beralih kepada skim baharu.

Katanya, penjawat awam sedia ada akan kekal dgn perjanjian mereka tandatangani dan skim baharu hanya membabitkan pekerja baharu.

Beliau berkata, kerajaan tidak blh mengabaikan perjanjian yg ditandatangani dgn pekerja.

“Kita tak blh abaikan perjanjian dgn pekerja. Mereka yg bekerja mengikut dasar lama akan kekal dgn dasar berkenaan,” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pd Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy meminta jaminan kerajaan terhadap pekerja semasa khususnya membabitkan ganjaran terbitan, pencen dan perubatan jika dasar baharu dilaksanakan.

Kepada soalan tambahan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berhubung kebajikan pesara badan berkanun yg diswastakan seperti Lembaga Padi Negara (LPN) yg kini semakin berusia dan tidak lagi mampu bekerja utk menyara hidup dan bayaran perubatan, Dr Mahathir berkata kerajaan prihatin terhadap kebajikan mereka.

Katanya, kerajaan sememangnya ingin memberikan seberapa byk bantuan kebajikan tetapi keupayaan kewangan terhad.

Beliau berkata, ini ditambah dgn kos rawatan perubatan yg semakin meningkat terutama membabitkan pembedahan.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berhubung skim lantikan kontrak dan kerajaan jangan membuang `tongkat’ (bantuan) yg diberikan kepada pekerja Melayu, Perdana Menteri berkata, orang Melayu kena ingat bahawa kerajaan tidak mampu memberikan pekerjaan kepada semua.

Katanya, sebab itulah kerajaan memberikan pelbagai latihan kepada mereka sejajar Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).


Loading...

Tags: #Awam #Baharu #bebankan #Kerajaan #PENCEN #Penjawat #rugikan #Skim #tidak

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.