Skim baharu bayaran balik PTPTN ditangguhkan – Maszlee Malik

KL17 281118 PARLIMEN BN201810130775 1 - Skim baharu bayaran balik PTPTN ditangguhkan - Maszlee Malik

Kerajaan memutuskan utk menggantung pelaksanaan skim pembayaran semula utk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata skim itu digantung buat sementara waktu.

“Skim pembayaran semula PTPTN akan digantung buat sementara waktu sehingga kami menerima input dan maklum balas secara kolektif drpada semua pemegang taruh,” katanya melalui Twitter tengah hari ini.

Pada 5 Dis lalu Pengerusi PTPTN mengumumkan langkah badan itu utk melaksanakan skim bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) mulai Jan 2019.

Katanya pemotongan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada gaji yg diterima peminjam PTPTN apabila mereka dibayar RM2,000 sebulan.

Katanya potongan dibuat di antara dua sehingga 15 peratus.

Bagaimanapun langkah itu dikecam pelbagai pihak, termasuk di kalangan penyokong kerajaan.

Untuk peminjam yg mendapat gaji di antara RM2,000 dan RM2,499.99 dua peratus drpadanya akan dipotong. Bermakna mereka akan mengalami pemotongan di antara RM40 dan RM49.99.

Bagi peminjam yg bergaji di antara RM2,500 dan RM2,999.99 pula tiga peratus akan dipotong, atau antara RM75 dan RM89.99).

Untuk peminjam dibayar gaji di antara RM3,000 dan RM3,999.99 lima peratus – atau antara RM150 dan RM199.99 akan dipotong.

Potongan sebanyak lapan peratus pula dikenakan kepada peminjam bergaji antara RM4,000 dan RM5,999.99 dan 10 peratus utk orang bergaji antara RM6,000 dan RM7,999.99, manakala kalau mendapat gaji RM8,000 ke atas potongan yg ditetapkan ialah 15 peratus, atau RM1,200 dan lebih.

loading…


Loading...

Tags: #Baharu #balik #Bayaran #ditangguhkan #Malik #Maszlee #PTPTN... #Skim

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Skim baharu bayaran balik PTPTN ditangguhkan – Maszlee Malik"