Sira Roti

Sira Roti,5 / 5 ( 1votes )
IMG 6530 1 - Sira Roti

Insya Allah Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Kuih Sira Roti yg saya sediakan hari ini adalah antara kuih mudah yg blh disediakan di bulan Ramadhan sbg juadah berbuka puasa. Sama sama kita berazam utk Ramadhan kali ini, membuat yg terbaik dlm hidup kita. 

Kita kena mulakan perancangan dr sekarang apa aktiviti, apa amalan dan apa ibadah yg ingin kita kerjakan. Thn ini, kita pulun habis habisan gitu kerana kita tidak tahu jika ianya adalah Ramadhan yg terakhir dlm hidup kita. Pesanan dan peringatan buat diri sendiri. 

Kuih Sira Roti adalah antara masakan tradisi di Kelantan yg cara membuatnya adalah sama dgn Pindang Tapai di SINI. Yg membezakannya hanyalah penggunaan tapai diganti dgn roti. 

Saya menyediakan sira roti selepas melihat rakan dlm group Whatspp menayangkan gambar masakan dia di dlm facebook dan juga group Whats App. Menyediakannya sangat mudah dan cepat. Itu yg saya teringin utk merasainya. Secara jujur, saya pun tak pernah mkn kuih ini ketika di kampung dulu. 
IMG 6529 - Sira Roti

Oleh kerana pertama kali menyediakannya, hasilnya tidak berapa cantik. Maklum selain tangan hendak mengacau di periuk, tangan juga memegang handphone utk record dan juga kamera utk merakam gambar ketika sedang dimasak. 

Kalau mahu kuah yg lebih cantik dan halus, kena sentiasa dikacau supaya telurnya lebih halus dan tidak bergentel. Jadi jika anda ingin mencuba, jangan lupa mengacaunya ya. 

Kuih mudah ini juga sedap dimakan ketika berbuka puasa. Jadi bulan Ramadhan yg akan tiba tidak lama lagi, blhlah cuba menyediakan kuih ini. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..
IMG 6531 - Sira Roti

Sira Roti
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 buku roti – potong 2
1 kotak santan kara + 2 kotak air
2 helai daun pandan
1 biji telur
3 sudu besar gula – atau ikut manis yg disukai
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Masukkan semua bahan kecuali roti ke dlm periuk dan nyalakan api sambil dikacau sehingga mendidih. 
IMG 6512 - Sira Roti

IMG 6520 - Sira Roti

Bila mendidih, masukkan roti. Rendam roti sehingga tenggelam di dlm kuah. Roti akan meresap dgn kuah. 
IMG 6513 - Sira Roti

IMG 6515 - Sira Roti

Bolehlah ditutup api. 
IMG 6532 - Sira Roti


Loading...

Tags: #Roti #Sira

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Sira Roti"