Sira Pisang Special

Loading...

aIMG 1725 1 - Sira Pisang Special

Sira Pisang Special
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Sesikat pisang awak / berangan / nangka separuh masak
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 liter air
1 sudu kecil jus limau nipis

Hirisan buah strawberry, kiwi, anggur atau yg di sukai

aIMG 1765 - Sira Pisang Special


Cara-cara :

  1. Kupas kulit pisang, potong atau biarkan sebiji2 jika pisang kecil.
  2. Masak air sehingga mendidih bersama daun pandan.
  3. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir.
  4. Kacau sehingga gula larut dan biarkan sehingga berbusa (berbuih kasar)
  5. Masukkan pisang dan reneh sehingga air gula tinggal separuh.
  6. Apabila pisang berubah warna, masukkan jus limau supaya gula tidak mengeras.
  7. Reneh sehingga sira hampir pekat.
  8. Angkat dan hidangkan bersama sos dan hirisan buah2 citrus.

aIMG 1732 - Sira Pisang Special

Sos Santan
1 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung beras

Cara-cara :
Satukan semua bahan, kacau sehingga larut.
Masak di atas api kecil dan sentiasa di kacau sehingga sos hampir pekat.

aIMG 1722 - Sira Pisang Special

Sira Pisang Special
Loading...

Tags: #Pisang #Sira #SPECIAL

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Sira Pisang Special"