Sinopsis Hantu Kak Limah (2018)

HantuBKakBLimah - Sinopsis Hantu Kak Limah (2018)
TAJUK : HANTU KAK LIMAH
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Dato Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May, TJ Isa, Rab Khalid, Sharwani, Ropie, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim, Ziema Din, Erra Fazira, Jue Aziz, Imuda
Terbitan : Infinitues Gold / Astro Shaw Sdn Bhd
SINOPSIS HANTU KAK LIMAH
Mengisahkan tentang Husin (Datuk Awie) yg pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dgn sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani) dan Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) di kilang arang.
Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru berkahwin dgn sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sbg cinta sejati. Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dlm keadaan yg mengerikan.
Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan utk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dgn seorang gadis cantik yg misteri (Uqasha Senrose) di dlm hutan dan jatuh cinta dgnnya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.
Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropi) utk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dr Kuala Lumpur.
Nayan masih keliru dgn kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dgn Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dgn membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi.
Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia.  Akhirnya, muncul guru silat, Encik Solihin yang membantu mereka berdepan dgn hantu Kak Limah. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Pelbagai insiden lucu yg berlaku pd penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dgn Hantu Kak Limah.


Loading...

Tags: #2018 #hantu #Limah #Sinopsis

author
Author: 
    Qua Qnwary : Kapten Kito (Dikir Barat Piya)
    https://www.facebook.com/greatggofficial Lagu asal ini nyanyian kumpulan NagaSari bertajuk Nur Ain dan telah ditukar
    Filem melayu terbaru 2018 – Angin Cinta
    hello guys, please subscribe Me And And Leave A Like, If You Like
    Biodata Fattah Amin
    Fattah Amin (nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin, lahir 14 September 1990)
    Nella Kharisma – Jaran goyang [OFFICIAL]
    Copyright © 2017, DD Star Record Title : JARAN GOYANG Artist

    Leave a reply "Sinopsis Hantu Kak Limah (2018)"