Sinopsis Drama Vila Ghazara; Akasia TV3

VilaBGhazara - Sinopsis Drama Vila Ghazara; Akasia TV3

SINOPSIS VILA GHAZARA 
Vila Ghazara teratak yg diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yg juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yg terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yg disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sbg seorang doktor kosmetik yg tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dlm menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dgn keluarga sempurna di mata ramai, selama lima thn lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yg mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak utk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sbg zuriatnya. Membawa diri selama 15 thn, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yg blh dibanggakan berbanding anak-anaknya yg lain

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan utk cucu tunggalnya iaitu Alia yg kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yg juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yg terdesak mencari pekerjaan utk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dlm Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dgn Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?


Loading...

Tags: #Akasia #drama #Ghazara #Sinopsis #Vila

author
Author: 
    Ejen Ali TERBARU MISSION BLUEPRINT1
    Ejen Ali seriess Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Temasek Poly’s Dikir Barat
    (Website: https://journeyhometosingapore.wordpress.com/) —————— Dikir Barat is a vibrant traditional Malay art form
    Tak Mau Berjoget karena Hamil 6 Bulan, Penyanyi Ditembak Mati di Panggung, Begini Respon Suaminya
    TRIBUN-VIDEO.COM – Seorang penyanyi yang sedang hamil ditembak hingga tewas karena menolak untuk
    Telefilem | Kasut (2017)
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "Sinopsis Drama Vila Ghazara; Akasia TV3"