Sinopsis Drama Terbaik Dariku (slot Samarinda TV3)

Saksikan drama terbaru Terbaik Dariku akan menghiasi slot Samarinda TV3. Diarahkan oleh sutradara Along Kamaluddin. Dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Zara Zya, Azar Azmi, Hanna Aqeela dan ramai lagi.
8FDD2C1D C2CC 4C21 8EAD 282F4EFBEF7E - Sinopsis Drama Terbaik Dariku (slot Samarinda TV3)
JUDUL : TERBAIK DARIKU
EPISOD : 15 episod
SKRIP : Lily Suhana dan Adza Emie
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Layar Ceritera Sdn Bhd
PELAKON : Syazuwan Hassan (Taufiq), Zara Zya (Aisyah), Azar Azmi (Suraya), Hanna Aqeela (Zaharah), Azri Iskandar (Azman), Dilla Ahmad (Nasuha), Adam Corrie (Tiger), Fadilah Mansor (Saodah), Ikhlas Jalil (Farid), Ainina Ahmad (Zaiton), Aisyah Kamaludin (Laina), Sabhi Saddi (Ahmad)
SINOPSIS DRAMA :
Terbaik Dariku mengisahkan Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hasan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yg mahu menumpang kesenangan yg dimiliki Aisyah. 
Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yg dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dgn Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya. Dia sering mengadu dia tidak bahagia dgn Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sbg suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sbg lelaki yg berasal dr kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah. 
Kehadiran Zaharah, seorang gadis yg diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri drpada dijual ayahnya kepada lelaki yg tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah.  Mereka berasa sangsi dgn kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang utk dia menikmati kesenangan harta Aisyah. Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad utk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yg terjadi kepadanya sewaktu kecil. 
Apakah sebenarnya yg terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar? 

Drama 15 episod terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd akan bermula pd 14 November 2018, setiap hari Isnin sehingga Rabu, jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Loading...

Tags: #Dariku #drama #Samarinda #Sinopsis #Slot #Terbaik

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Sinopsis Drama Terbaik Dariku (slot Samarinda TV3)"