Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi (slot Samarinda TV3)

Loading...

Drama terbaru adaptasi novel Setelah Cinta Itu Pergi mengisi slot Samarinda TV3. Drama novel karya Ezdiani Abdul Rahman ini mendapat suntingan pengarah Heykal Hanifah.
Membariskan lakonan Nina Iskandar, Fahrin Ahmad, Julia Farhana Marin, dan ramai lagi.
B7EDA575 E52F 4B94 9528 BE9F2284F246 - Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi (slot Samarinda TV3)
JUDUL : SETELAH CINTA ITU PERGI
EPISOD : 20 Episod
SKRIP : Rozie Rashid
PENGARAH : Heykal Hanifah

TERBITAN : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PARA PELAKON : Fahrin Ahmad (Ikram), Nina Iskandar (Marina), Julia Farhana Marin (Insyirah), Shah Jaszle (Muiz Lukman), Azrel Ismail (Adam), Fizo Omar, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Faye Kusairi, Amyza Aznan, Faezah Elai, Mardiana Alwi
SINOPSIS :
Perkahwinan yg telah dijalinkan oleh Ikram (Fahrin Ahmad) dan Marina (Nina Iskandar) membawa kebahagian dgn disulmi cinta yg sentiasa mekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka utk menidakkan takdir Tuhan yg telah ditentukan. janji yg kukuh terpateri akhirnya rapuh. 
Kehadiran Insyirah (Julia Farhana Marin) dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yg kukuh terbina. Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan dgn kata dusta yg diberikan. Hati Marina remuk kala dia dipersalhkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta ikram, kesetian Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. hati itu makin parah saat lafaz terzahir di mulut sang suami.
Marina pergi membawa diri dgn hati yg luka. Disangka kasih berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Setelah Cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati nak memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dgn tindakan yg dilakukan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dgn kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh terhadapnya. Namun cinta yg bertaktha di hati memang sukar utk disingkarkan.
Hadirnya Adam (Azrel ismail) cuba utk mengubati hati Marina yg penuh dgn seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yg sengsara. Sbg tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?
Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci kerana duka? Perlukah dia melupakan kebahagian yg pernah hadir di depan mata begitu saja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yg terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yg akan menjadi pilihan hati Marina setelah cinta itu pergi?

Saksikan drama 20 episod ini akan bermula menemui penonton pd 17 Januari 2019, bersiaran setiap Isnin sehingga khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.
Loading...

Tags: #CINTA #drama #Pergi #Samarinda #setelah #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    4,500 guru bakal sertai Program Duta Guru, tingkat KBAT
    KUALA LUMPUR, 13 Dis — Seramai 4,500 guru di seluruh negara disasarkan bakal
    Istri Idaman Bukan Kaleng-Kaleng, Sandra Dewi Ogah Pamer Harta Suami: Itu Bukan Punya Gue!
    slidegossip.com – Artis cantik Sandra Dewi dikenal memiliki suami yg tampan dan kaya
    Pasang Susuk Buat Koleksi Brondong? Ely Sugigi: Artis Lain Juga Byk yg Pake!
    slidegossip.com – Ely Sugigi menceritakan pengalaman mistisnya di kanal Youtube SlideGossip Channel baru-baru
    Syahrini Lempar Kosmetik Endorse dr BCL? Netizen: Mungkin Karena BCL Sahabat Luna!
    slidegossip.com – Syahrini termasuk salah satu artis yg rajin menggunakan media sosial utk

    Leave a reply "Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi (slot Samarinda TV3)"