Sinopsis Drama Sesegar Nailofar; Widuri RTM TV1

SinopsisBDramaBSesegarBNailofar - Sinopsis Drama Sesegar Nailofar; Widuri RTM TV1

SINOPSIS SESEGAR NAILOFAR

 Hubungan persahabatan antara Iqbal dan Salsabila terjalin sejak zaman persekolahan lagi. Salsabila kagum dgn kebijaksanaan Iqbal dlm pelajaran dan pd masa sama bertanggungjawab terhadap ibu dan adik kembarnya, Marisa.

Ibu Salsabila, Shahera seringkali menekankan kepadanya supaya mencari jodoh dlm kalangan keturunan Sargoff. Dlm diam dia merancang dgn kakaknya, Zaiton mahu menjodohkan Salsabila dgn Nazim, anak Zaiton yg baru menamatkan pengajian dr England. Salsabila menolak dlm diam kerana dia dan Iqbal mula saling menyayangi.

Ketika itu di kawasan perumahan mereka menjadi kecoh apabila ahli sebuah kumpulan jenayah, Kumpulan Gagak Merah telah ditangkap. Ditakdirkan Iqbal dan Marisa melanjutkan pengajian ke Mesir. Salsabila pula terpaksa menurut arahan keluarganya menyambung pelajaran dlm negara. Salsabila dan Iqbal berjanji akan setia dlm hubungan mereka dan Salsabila juga membantu kewangan Iqbal utk perbelanjaan di Mesir.

Di Mesir Iqbal bertemu Hazwani, kawan baik Marisa dan Ghufron yg sama-sama belajar di Mesir. Berlaku kejadian yg membuatkan hubungan Iqbal dan Hazwni menjadi rapat. Pd masa sama Iqbal seringkali menerima kiriman email drpada seseorang yg menggelarkan dirinya sbg Nailofar yg membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan penama tersebut.

Rahsia percintaan mereka selama tiga thn musnah bila Shahera mengetahui perkara tersebut. Salsabila pula menggesa Iqbal mempercepatkan usaha meminangnya. Iqbal akhirnya pulang ke Malaysia. Namun Iqbal terpaksa menerima hakikat Salsabila bernikah dgn Nazim kerana bimbangkan kesihatan ibunya yg mendesaknya berkahwin dgn lelaki itu. Rombongan Iqbal meminang Salsabila ditolak mentah-mentah oleh ibunya walaupun ayah Salsabila merestui hubungan anaknya dgn Iqbal.

Pada hari pertama perkahwinan, Salsabila terkejut dgn sikap Nazim yg baran dan kasar. Perkara itu disampaikan kepada ibunya namun dia dituduh mengadakan cerita. Iqbal terus menerima kiriman email Nailofar dan ayat yg digunakan sama seperti yg diucapkan Hazwani. Iqbal bertemu Hazwani utk meminta penjelasan serta pengakuannya tentang identiti Nailofar. Akhirnya Hazwani mengaku tentang email tersebut.

Sementara itu Salsabila terkejut melihat gambar Nazim berlatar belakangkan logo Kumpulan Gagak Merah dan merasakan suaminya itu ada hubungan dgn kumpulan penjenayah tersebut.

Iqbal pula ke Malaysia dan bekerja di pejabat agama. Manakala Hazwani menjadi pensyarah di universiti yg sama dgn Salsabila mengajar. Mereka mesra sbg rakan sekerja. Iqbal dan Hazwani pula akhirnya selamat menjadi suami isteri.

Hazwani meminta Salsabila menceritakan masalahnya bila melihat kesan lebam di muka kawannya itu. Salsabila yg sudah tidak tahan dipukul Nazim akhirnya memberitahu perkara sebenar. Hazwani meminta Salsabila mengadukan kepada pejabat agama. Di situlah Iqbal bertemu semula dgn Salsabila. Hazwani terkejut mengetahui Salsabila merupakan bekas kekasih suaminya.

Hazwani terkesan dgn kisah silam Salsabila dgn Iqbal yg menyebabkannya menjauhkan diri drpada Salsabila. Salsabila pula sedaya upaya meyakinkan Hazwani bahawa hubungan cinta dgn Iqbal telah lama berakhir.

Siasatan polis mendapati Nazim merupakan anggota Kumpulan Gagak Merah dan tidak menghabiskan pengajiannya di England. Salsabila berasa tertipu dgn kenyataan tersebut. Hazwani kecil hati dgn tumpuan Iqbal terhadap masalah Salsabila. Nazim mengamuk besar bila mengetahui Salsabila memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya. Dia memukul Salsabila sehingga menyebabkan isterinya itu cedera tulang belakang. Ketika itu juga Salsabila diceraikan oleh Nazim.

Kejadian itu membuka hati Hazwani utk menerima kehadiran Salsabila dlm hidup mereka. Apakah Hazwani rela menerima Salsabila sbg madunya? 

Loading...

Tags: #drama #Nailofar #Sesegar #Sinopsis #Widuri

author
Author: 
    Vocabulary: Jobs and Occupation Flashcards (v.2)
    You can find here several pictures presenting different jobs and occupations with wordcards.
    22+ Makna Gerakan Tari Saman
    Apa makna yg terkandung dlm Tari Saman? Rasanya, kita semua sepakat bahwa Tari
    Grammar: Adjectives Flashcards
    Using Adjective Flash Cards, students describe pictures using adjectives to build vocabulary and
    Kelebihan Vitamin A Tingkatkan Resiko Patah Tulang
    Sejak lama vitamin A memang dikenal penting bg tubuh. Namun, hasil penelitian terbaru

    Leave a reply "Sinopsis Drama Sesegar Nailofar; Widuri RTM TV1"