Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri; TV2

SelamatBMalamBTanBSri - Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri; TV2

SINOPSIS SELAMAT MALAM TAN SRI
Kisah tentang seorang wartawan bernama Hanim Hanani yg mahu membongkar rahsia Tan Sri Rahman yg dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tan Sri Rahman Shah pula mengurus bisnesnya seperti tiada hari esok. Dia gigih bekerja, siang malam memikirkan untung dan rugi. Ditakdirkan tersiarnya satu rencana dlm majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Wartawan itu dicari. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman mula jatuh hati dgn wartawan bernama Hanim Hanani.

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta. Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.
Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yg bergelar Tan Sri dlm tugasannya sbg wartawan itu, hatinya mula berdetik.
Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua. Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Isteri pertamanya wanita ternama, berharta dan berkedudukan iaitu Puan Sri Rosnita. Begitu juga isteri keduanya, Netty Karmila, bekas ratu cantik yg digilai ramai.
Sementara itu Puan Sri Rosnita blh terima hakikat bermadu asalkan semua pihak saling menghormati, jangan sampai memperlekah kewujudannya sbg isteri pertama. Sbg suami Tan Sri Rahman Shah sememangnya hampir sempurna dan pandai berkongsi kasih. Dia adil dlm segala hal. Rumah banglo. Hal keperluan harian, duit belanja, percutian dan sbgnya semua lengkap. Cuma satu sahaja iaitu melibatkan populariti. Puan Sri Rosnita tidak glamor seperti isteri keduanya, Netty Karmila.

Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir utk bersaing dgn wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tapi takdir menentukan segalanya.
Netty Karmila, bekas ratu cantik sukar menerima kenyataan dirinya sudah semakin pudar popularitinya sejak berkahwin. Apabila semuanya terjebak – Netty Karmila, Puan Sri Rosnita dan Hanim Hanani, terjadi situasi yg tidak masuk akal. Namun bukan semua perempuan tiada harga diri. Maruah mereka terpelihara demi lelaki bernama Tan Sri Rahman Shah.

Muncul pula Saiful Azam antara mereka. Tahap ego Tan Sri Rahman Shah dan anak bujangnya itu sanggup melakukan apa sahaja utk merebut cinta Hanim Hanani. Hanim keliru memikirkan siapa yg harus dipilih. Dia mahu lari, pergi jauh tapi ke mana?
Loading...

Tags: #drama #malam #Selamat #Sinopsis

author
Author: 
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit
    Rock Bro! Full Movie
    Rock Bro! merupakan sebuah filem arahan Mamat Khalid yg dibintangi oleh Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi

    Leave a reply "Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri; TV2"