Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, slot Megadrama (Astro Ria)

Drama berjudul Sejuta Rasa Buat Adelia akan bersiaran di slot Megadrama, Astro Ria. Adaptasi novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin. Drama arahan Eyra Rahman akan dibintangi oleh Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Elvina Mohamad, Adam Lee, Fikree Bakar dan ramai lagi.

%255BUNSET%255D - Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, slot Megadrama (Astro Ria)

JUDUL : SEJUTA RASA BUAT ADELIA
EPISOD : 20 episod
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mig Beats Sdn. Bhd
PELAKON : Daiyan Trisha (Adelia Naurah), Aliff Aziz (Chef Syed Idlan), Adam Lee (Hafidz), Elvina Mohamad (Joanna), Sabrina Ali (Madam Mona), Jasper Supayah (Kayla), Ikmal Amry (Nik), Fikhree Bakar (Chef Razi), Shah Kimin, Vicha Saywho (Stella), Shukri Tahir (Nedim), Zalif Sidek, Esma Dainal (Dato Talhah)

SINOPSIS DRAMA :
Kerjaya Adelia Naurah sbg seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yg dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dr dapur pastri yg baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dgn ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dgn lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat utk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yg jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dlm bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dgn perasaan kasih sayang, Joanna menyelit utk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi… perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yg selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yg mana satu patut didahulukannya?

Drama komedi romantik akan temui penonton setia slot Megadrama mulai 25 Jun 2018, setiap Isnin sehingga khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (122).

Loading...

Tags: #Adelia #Astro #Buat #drama #Megadrama #Rasa #Sejuta #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia, slot Megadrama (Astro Ria)"