Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia; Mega Drama Astro Ria/Ria HD

DramaBSejutaBRasaBBuatBAdeliaB252820182529BMegaDramaBRiaBHD - Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia; Mega Drama Astro Ria/Ria HD

SINOPSIS SEJUTA RASA BUAT ADELIA
Kerjaya Adelia Naurah sbg seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yg dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dr dapur pastri yg baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.
Sengketa mereka berlarutan, seiring dgn ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dgn lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat utk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!
Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yg jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dlm bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dgn perasaan kasih sayang, Joanna menyelit utk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi… perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yg selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yg mana satu patut didahulukannya?

Loading...

Tags: #Adelia #Astro #Buat #drama #Mega #Rasa #Ria/Ria #Sejuta #Sinopsis

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia; Mega Drama Astro Ria/Ria HD"