Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda (slot Akasia TV3)

Hai. Saksikan drama adaptasi novel Pujaan Hati Kanda akan menghiasi slot Akasia TV3. Sebuah arahan Eoon Suhaini ini akan menggantikan drama Seribu Rindu. Menampilkan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.
94B91500 AA06 4FFE A7A0 B6456CB84998 - Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda (slot Akasia TV3)
JUDUL : PUJAAN HATI KANDA

EPISOD : 28 Episod
SKRIP : Intan Zarina Mohd Yassin
PENGARAH : Eoon Suhaini
TERBITAN : MacheAllStar Sdn Bhd
PARA PELAKON : Remy Ishak (Megat Danish/Danny), Mira Filzah (Tiara), Sarah Hildebrand (Nadine), Syazwan Zulkifly (Pali), Elisya Sandha (Reena), Mustaqim Bahadon (Kasyah), Catriona Ross, Aida Khalida, Dian P. Ramlee, 

SINOPSIS :
Kisah Danny seorang playboy yg sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Sewaktu hari akad pernikahannya, hadiah tidak diduga hadir apabila bayi kecil diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sehelai sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab keatas bayi tersebut. 
Danny terpaksa mencari pengasuh yg sudi menjaga si kecil itu dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dgn Tiara dan Reena. Pelajar universiti yg kesempitan wang ringgit. Danny tidak memberitahu perkara sebenar identiti bayi itu. 
Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sbg duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

Sementara itu pula, dia sudah berjanji utk meneruskan misi menjejak gadis misteri yg menyusahkan hidupnya itu dgn apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yg membelenggu hidupnya.

Drama Pujaan Hati Kanda terbitan MacheAllStar Sdn Bhd akan temui penonton bermula pd 20 Disember 2018, bersiaran setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 7 malam menerusi slot Akasia di TV3.
Loading...

Tags: #Akasia #drama #Hati #Kanda #Pujaan #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    Pantas Saja Dianggap Menghina Profesi Satpam, Ternyata Ini yg Dilakukan Denny Cagur dan Parto!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr dua komedian Denny Cagur dan Parto. Bersama
    Download Singular and Plural Puzzles
    A noun names a person, place, thing, or idea. Usually, the first page
    Diblacklist MNC Group, Nikita Mirzani: Turun Rating Lu Gak Ada Gosip Tentang Gue!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani diblacklist oleh MNC Group. Alasannya, Nikita dianggap
    Aktiviti agama di sekolah jejas prestasi pelajar, keluh ibu bapa
    Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan ahli keluarga murid yg belajar di

    Leave a reply "Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda (slot Akasia TV3)"