Drama terbaru, Pengantin 100 Hari mengisi di slot Samarinda TV3. Drama ini mendapat suntingan arahan Amor Rizan dan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Dibintangi oleh Aishah Azman, Aiman Hakim Ridza, Amelia Henderson, Fazreen Rafi, Fana Azizan dan ramai lagi.
JUDUL : PENGANTIN 100 HARI
EPISOD : 13 Episod
SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PARA PELAKON : Aiman Hakim Ridza (Amar), Amelia Henderson (Erina), Aishah Azman (Sofea), Zila Bakarin (Puan Yasmin), Dato Rahim Razali (Dato’ Fahmi), Edika Yusof (Rusdi), Fazreen Rafi (Iqbal), Jasmine Suraya (Farah), Ieka Zulkifli (Wardah), Azhar Azmi (Haji Ismail), Shariza Mahmud (Hajjah Aishah)
SINOPSIS DRAMA :
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dgn Sofia dgn syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dgn Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dgn buruk dan mahu menceraikannya. Erina yg mahu merasai kehidupan sbg isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dgn membuka butik hadiah dr Puan Yasmin yg mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dgn Sofia dan enggan berkahwin semula dgn Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja.
Saksikan drama airmata terbitan Suhan Movies ini menemui penonton mulai pd 25 Jun 2018, bersiaran setiap Isnin sehingga Rabu, pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.
Carian Berkaitan
samarinda tv3Tags: #drama #Hari #Pengantin #Samarinda #Sinopsis #Slot