Sinopsis Drama Pencuri Cinta Kelas Satu (Astro Oasis)

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila utk siaran slot Raihana, Astro Oasis. Drama arahan Pyan Screw akan menampilkan gandingan utama Hafreez Adam dan Emma Maembong. Turut berlakon Mawar Rashid, Raf Yaakob, Ariz Lufiaz, Sharifah Shahora dan ramai lagi.
%255BUNSET%255D - Sinopsis Drama Pencuri Cinta Kelas Satu (Astro Oasis)

JUDUL : PENCURI CINTA KELAS SATU  

EPISOD : 13 Episod
PENGARAH : Pyan Screw
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PARA PELAKON : Hafreez Adam (Amar Firzal), Emma Maembong (Aisya Humaira), Mawar Rashid (Hanisa), Ariz Lufias (Zulfa), Scha Elinnea (Hardena), Raf Yaakob (Jidin), Dato Jalaludin Hassan, Sharifah Shahora, Beego

SINOPSIS DRAMA :

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yg kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yg disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pd dia, mempunyai kerja yg stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dgn tipikal ibu di dlm drama yg suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yg diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut utk meluahkan rasa pd si gadis sepejabat yg lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yg masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu utk isteri yg manja dan berhati batu?

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

Drama komedi romantik ini akan bermula pd 2 Julai, bersiaran setiap Isnin, jam 9 malam di slot Raihana menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD.
Loading...

Tags: #Astro #CINTA #drama #Kelas #Oasis #Pencuri #Satu #Sinopsis

author
Author: 
    Mr Grey Full Episod 4
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Drama Korban Kasih (TV1) | MyInfotaip
    Drama adaptasi novel ‘Korban Kasih’ karya Fatimah Saidin akan menemui penonton di RTM
    [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2017 : GV Live+ Minggu 7
    —— Langgan YouTube Astro Gempak, http://bit.ly/ytgempak Info rancangan Astro Gempak di http://bit.ly/astrogempak Like

    Leave a reply "Sinopsis Drama Pencuri Cinta Kelas Satu (Astro Oasis)"